Saturday, January 16, 2010

Jutawan miliki kelab bola masuk hospital mental

BAITULMAQDIS - Seorang jutawan yang menjadi terkenal selepas menaja sebuah pasukan bola sepak popular di Israel, Guma Aguiar dihantar oleh keluarganya ke sebuah hospital sakit jiwa akibat masalah tingkah laku ganjil.

Keluarga lelaki berusia 32 tahun itu dalam satu kenyataan kelmarin berkata, Aguiar akan menjalani pemeriksaan selama dua minggu di Pusat Kesihatan Mental Abarbanel dekat Tel Aviv dan berita itu mendapat liputan meluas akhbar-akhbar Israel semalam.

Aguiar yang merupakan warga Amerika Syarikat (AS) kelahiran Brazil itu berkelakuan ganjil ekoran tekanan emosi berlebihan dan psikologi berikutan satu kes yang dihadapinya di sebuah mahkamah di AS.

Dia dimasukkan ke hospital tersebut pada lewat Rabu lalu.

Satu kenyataan daripada pasukan Beitar Jerusalem yang dibelinya mengharapkan dia sembuh dengan segera.

Pada minggu lalu, sebuah akhbar Israel melaporkan Aguiar berkhayal dengan mendakwa pernah memasuki Gaza dan bertemu seorang askar Israel yang ditawan militan Hamas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: