Kereta Lotus Esprit Turbo ini bernilai AS$45,000. KEMARAHAN seseorang wanita jangan sekali-kali diambil mudah, lebih-lebih lagi sekiranya dia merasa dianiayai suami yang berlaku curang.
Contohnya, kisah isteri seorang deejay radio yang cemburu mengambil tindakan menjual kereta mewah bernilai AS$45,000 (RM 150,187.50) milik suaminya dengan harga yang tidak masuk akal iaitu kurang daripada AS$1 (RM3.33) di laman eBay.
Deejay terbabit, Tim Shaw bermain cinta dengan model seksi Jodie Marsh pada waktu siaran.
Shaw memberitahu Marsh bahawa dia bersedia meninggalkan isteri dan dua anak untuk bersamanya.
Malangnya, isteri Shaw terdengar perbualan itu menerusi radio lalu memulakan jualan lelong kereta Lotus Esprit Turbo di laman eBay.
Dia melelongnya dengan pilihan 'Beli Sekarang untuk AS$1 kerana tidak dapat menahan nafsu amarah.
Nota pada kereta yang dijual itu berbunyi: "Saya perlu menjualkan kereta ini dalam tempoh masa dua hingga tiga jam sebelum suami saya pulang ke rumah dan mendapati ia telah dilelongkan dan barang-barang kepunyaannya dibuangkan ke jalan raya."
Apalagi, sudah pasti orang ramai berebut-rebut mahu mengambil tawaran sedemikian dan kereta itu dapat dijual kurang dari lima minit selepas nota itu disiarkan.
Isteri Shaw sedar itulah pembalasan terbaik untuk Shaw yang 'curang' kepadanya.
Dia sedar kereta itu adalah lambang kebanggaan Shaw, namun hatinya berasa puas kerana dapat melakukan sesuatu bagi menyakiti suaminya itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: