CHEF Wan yang terkenal dengan sikap kesempurnaan begitu terharu bila teman rapatnya, Mr Lupo, seorang saudagar minyak wangi sanggup menaja door gift untuk majlis berinai besar malam tadi di Neo, Jalan Sultan Ismail.
"Saya tak sangka dia sanggup menaja door gift untuk 200 tetamu saya. Yang menariknya minyak wangi itu adalah yang terbaru direkanya khas untuk kahwin Serina," katanya
Persahabatan Chef Wan dan Mr Lupo, yang kini mempunyai syarikatnya di China, memakan masa berpuluh tahun.
"Kami dah berkawan lebih 20 tahun. Dia kenal Serina dari kecil lagi. Minyak wangi ini sebagai tanda mata persahabatan kami yang sudah lama. Dia pun sudah anggapa Serina seperti anak dia juga," kata Chef Wan yang melantik wedding planner, Datuk Faridah Hashim untuk resepsi malam ini.
Majlis malam ini merupakan kemuncak dari lima resepsi yang diadakan untuk meraikan pengantin baru Serina dan Gavin. Pasangan mempelai akan bersanding dalam majlis bertemakan perkahwinan dalam taman di The Royale Chulan, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh 700 tetamu.
Di majlis yang berkonsep tradisional itu, Serina akan memakai baju rekaan Radzuan Radziwill berwarna ‘lavender’ (ungu muda) dan didandan bak Puteri Rania.
Seterusnya, Serina akan mengenakan gaun pengantin rekaan Jovian manakala pasangannya akan memakai sut ‘tail coat’ bertemakan klasik yang ditaja oleh Lord’s Tailor untuk upacara memotong kek.
Selain itu, sut tuksedo tajaan Lord’s Tailor yang akan diperagakan oleh Chef Wan dan Chef Riz termasuk sut Gavin dianggarkan berharga mencecah RM30,000 dengan menggunakan fabrik Itali asli.
Serina dan Gavin telah dinikahkan di Masjid Wilayah Persekutuan semalam dengan disaksikan oleh 200 tetamu termasuk kawan-kawan rapat.
Di sebelah malamnya pula, pasangan mempelai diraikan oleh 250 tetamu di NEO, Jalan Sultan Ismail dalam satu majlis berinai besar yang berkonsepkan Jawa moden kontemporari dengan warna hijau.
Majlis itu pula diserikan dengan muzik gamelan dan tarian kebudayaan Indonesia.
Satu lagi resepsi atau majlis keraian akan diadakan pada hujung Januari atau awal Februari meraikan mempelai di kampung halaman Chef Wan di Sungai Koyan, Pahang.
"Majlis di Sg Koyan ini adalah khas untuk meraikan orang kampung, kawan-kawan dan peminat-peminat yang tidak dapat hadir ke majlis di Kuala Lumpur. Wan rasa bersalah sangat tak dapat menjemput semua kawan-kawan.
"Betul lah macam Datin Faridah kata. I underestimated the amount of friends I have..., sebenarnya saya mempunyai ramai kawan dari pelbagai lapisan masyarakat. Saya ingatkan hanya sedikit kenalan saya. Dan inilah masalah yang saya hadapi sepanjang menguruskan perkahwinan Serina," kata ayah penyayang ini.
Di pihak lelaki pula, sebuah majlis meraikan pengantin perempuan akan diadakan di London nanti.
Pengantin baru akan pergi berbulan madu ke Maldives pada 4 Januari. Serina dan suami akan berada di kepulauan tersebut selama seminggu kerana selepas itu, Serina akan terlibat dalam program 'Jalan-jalan Cari Makan.'
Serina menggantikan hos Maria Tunku Sabri mulai tahun ini.
Pada bulan Jun pula, Serina dan Gavin akan berlepas ke pulau romantis Santorini di Greece untuk berbulan madu kali kedua, hadiah pemberian Chef Wan.
Pakej bulan madu bernilai RM30 ribu itu adalah hadiah dari Chef Wan sempena meraikan kedua mempelai tersebut.
"Kalau nak ikutkan, saya ingin berbuat yang terbaik untuk Serina. macam-macam perasaan yang saya rasakan sekarang. Sedih ada, gembira ada, terharu pun ada. Tapi yang lebih saya rasakan kini ialah rasa kesyukuran teramat sangat kepada tuhan kerana mengizinkan semua majlis berjalan dengan sempurna," kata Chef Wan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: