SEREMBAN - Tindakan segelintir pekedai runcit menaikkan harga gula kepada RM1.70 sekilogram tidak hanya berlaku di Lembah Klang tetapi turut dikesan dilakukan di beberapa bandar utama lain.
Tinjauan Kosmo! di Seremban semalam mendapati ada peniaga menjual gula pada harga RM1.70 sekilogram dan cuba menyembunyikan tindakan dengan meletakkan gula di tempat tersorok tanpa tanda harga.
Ada premis meletakkan gula di bawah kaunter dan hanya mengeluarkan barangan tersebut apabila diminta oleh pelanggan.
Mereka juga menjual barangan itu tanpa memberikan resit walaupun telah diminta.
Seorang peruncit di Senawang yang enggan dikenali menyalahkan pembekal sebagai punca dia terpaksa menjual pada harga lebih mahal.
Seorang pengguna, Mohd. Ismail Hashim, 30, terkejut selepas mendapati harga gula di sebuah kedai runcit berhampiran kediamannya dijual pada harga RM1.70.
"Tindakan peniaga itu tidak beretika dan menambahkan lagi beban penggunanya,'' katanya.
Kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram berkuat kuasa 1 Januari lalu kepada RM1.65 sen di Semenanjung dan RM1.70 di Sabah dan Sarawak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: