Wednesday, January 27, 2010

Gaya lelaki Louis Vuitton


GAYA versatil serta trend kembali kepada nilai-nilai tradisi.


TAHUN baru sentiasa membawa erti tersendiri bagi setiap masyarakat di dunia ini. Banyak perkara yang lebih baik diharapkan berlaku sekali gus menjadi penggerak kepada sebuah perjalanan hidup yang baru.

Ia bukan sahaja memberi kesan kepada setiap individu malah setiap syarikat mahupun pengeluar-pengeluar produk pasti akan memberikan yang terbaik untuk memulakan tahun baru.

Ia tidak ketinggalan di dalam bidang fesyen. Ini kerana masuk sahaja tahun baru, Louis Vuitton salah satu jenama fesyen terkenal di dunia turut memperkenalkan koleksi-koleksi terbaru sempena 2010.

Untuk koleksi Musim Bunga/Panas lelaki tahun 2010, ia melihat ke arah tumpuan perubahan trend dunia dan inspirasi untuk mencorak semula gaya pakaian lelaki.

Ia dipengaruhi gaya versatil serta trend kembali kepada nilai-nilai tradisi dan keaslian yang ditampilkan pada kain yang digunakan.

Membayangkan jaket yang dikenakan pendek dan sempit di bahagian pinggang, seluar dinaikkan untuk perlindungan dan padanan itu digabungkan untuk mengurangkan leretan.

Ia turut diberi nafas baru dengan jahitan kontemporari, fabrik mewah ringan dan teknik penghasilan inovatif oleh pengeluar pakaian lelaki Louis Vuitton.

Hasil gabungan kain-kain tersebut, ia menjadikan satu fabrik yang harmoni.

Untuk jaket misalnya, nilon dicampur bersama neoprene dan linen sementara sutera atau kapas dipadankan dengan kulit anak lembu.

Jaket yang mempunyai hud, trench coats dan rider hoods lebih mudah untuk digayakan oleh orang lelaki dan ia sudah pasti sesuai dengan bentuk badan mereka.

Kesemua pakaian tersebut juga boleh digayakan dengan beg apabila hud tersebut disimpan di dalam poket kecil yang disediakan.

Untuk digayakan pada waktu petang pula, Louis Vuitton turut memperkenalkan t-shirt bercetak dan tidak ketinggalan topi.

Tidak lengkap rasanya apabila pakaian tersebut tidak digayakan dengan kasut yang sesuai.

Untuk melengkapkan pemakaian tersebut, ia elok dipadankan dengan kasut kulit, skarf dan tidak ketinggalan jaket.

Louis Vuitton turut memperkenalkan kembali barangan kulit 'Taiga' dalam usaha merekakan semula gaya halus yang lebih spontan, serba boleh dan kemewahan.

Reka bentuk yang tradisional turut diberi penekanan agar ia boleh digayakan dalam pelbagai cara, beg membeli-belah boleh disandang dan beg galas yang besar boleh dijadikan beg melancong.

Tidak habis setakat itu, Louis Vuitton turut memperkenalkan aksesori-aksesori musim ini seperti tali pinggang dan rantai tangan.

Kesemua koleksi ini melengkapkan koleksi busana dan aksesori yang meliputi keperluan pelanggan Louis Vuitton sama ada untuk bersantai atau acara formal.

1 comment:

  1. i like..
    bler la ak ley pakai
    LV nye brg ney..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: