Wednesday, January 6, 2010

Chef Zam Jadi Perunding Restoran 'Rasa Sayang'

KALAU sudah dinamakan tukang masak, apa saja bidang yang bersangkutandengan bidang masakan dan restoran tentu akan dicubanya.

Bagi selebriti chef terkenal, Chef Zamzani Abdul Wahab atau lebihmesra dengan sapaan Chef Zam, dia sanggup mencuba apa saja bidang yangbersangkutan dengan makanan asal saja ia memberi cabaran kepadanya.

Baru-baru ini, Chef berusia 37 tahun ini telah dilamar menjadiperunding restoran.

Chef yang peramah ini telah dilantik sebagai perunding bagi syarikatRasa Perpaduan (yang dimiliki bersama oleh Dreamgate CorporationBerhad, beribu pejabat di Pulau Pinang) untuk mengambil alih sebuahrestoran di Kelab Renang Pulau Pinang di Tanjung Bungah.

"Menjadi perunding restoran bukan satu kerja yang mudah. Konsep danperancangan untuk hala tuju restoran membuat tugas itu begitu mencabarhingga saya tak cukup tidur gara-gara memikirkan apa yang terbaikuntuk restoran tersebut," kata tukang masak terkenal ini yang pernahmenjadi hos program masakan seperti Garam Gula, Citarasa Selebriti,Ole-ole Malaysia, Serimas...Selera Dunia, Aroma Selebriti, ChefSelebriti Realiti TV (Suria TV, Singapura) dan Sajian Ramadhan 2008.

Wajah Chef Zam yang senantiasa tersenyum manis ini juga kerap keluaruntuk iklan komersial seperti MM VitaOils dan S&P Santan.

Chef Zam, yang juga Ketua Projek Khas di School of Hospitality ,Tourism & Culinary Arts,KDU College, begitu teruja dengan projek terbarunya.

"Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus selama beberapa bulanmenentukan konsep yang sesuai, menyenaraikan menu, membangun, menulisserta mencuba resepi-resepi terpilih dan mencari pekerja yangberkaliber, maka restoran yang diberi nama 'Rasa Sayang' pun dibukapada 20hb Disember tahun lepas," kata Chef Zam yang mempunyai berbelastahun pengalaman dalam bidang masakan ini.

Segala penat lelah terasa berbaloi apabila hasil kerja mendapatsambutan yang hangat dikalangan ahli-ahli kelab itu, yang telah sekianlama menantikan makanan yang enak dengan harga yang amat berpatutan,"katanya lagi.

Yang membuat Chef Zam lebih teruja dan bangga sangat ialah keranaKelab Renang Pulau Pinang ini telah diwujudkan begitu lama iaitu sejak5 Jun 1903 oleh orang-orang Eropah yang bermastautin di negeri ituketika itu dan menjadi sebahagian dari sejarah Pulau Pinang.

"Secara peribadi, saya sememangnya amat mengagumi bangunan-bangunanlama yang mempunyai nilai sejarah yang tersendiri dan saya amatbertuah kerana diberi peluang ini.

"Selain dari itu, restoran Rasa Sayang ini telah juga bertapak diPhnom Phenn, Kemboja dan Vietnam sejak beberapa tahun dulu," kataChef Zam.

Pengusaha restoran 'Rasa Sayang' sedang merancang untuk membukabeberapa rangkaian restoran ini di negara ASEAN yang lain dan jugaTimur Tengah.

"Saya sanggup beri kerjasama demi memperkenalkan dan memartabatkanlagi makanan-makanan lazat Malaysia dimata dunia," kata Chef Zam.

Dalam masa yang sama, Chef Zam bersama beberapa rakan kongsi sedangdalam usaha membangunkan sebuah akademi latihan seni kulinari danhospitaliti untuk melatih anak-anak tempatan yang berminat dalambidang ini.Selain kursus-kursus profesional yang diluluskan oleh agensi-agensikerajaan, akademi yang dinamakan 'Chef Zam’s@Work' ini juga akanmenganjurkan kursus-kursus jangka pendek dihujung minggu bagi merekayang berminat untuk mendapatkan kemahiran serta pengetahuan dalam bidangseni kulinari, ukiran buah-buahan dan sayuran, pastri, pembuatan coklatdan sebagainya.

"Kontrak saya sebagai Duta barangan dapur Philips akan tamat padabulan Febuari ini dan sekarang ini sedang dalam perbincangan untukmenyambungnya bagi tempoh setahun lagi, insya-Allah.

"Saya amat bersyukur bahawa pihak Philips Malaysia dan Singapura amatberpuas hati dengan kerja-kerja serta komitmen yang telah saya berikansepanjang tahun lalu dan mereka sedang merangka aktiviti-aktiviti yangakan memberikan lebih impak pada tahun ini.

Apabila menjadi pilihan jenama antarabangsa seperti Philips, ia secaratidak langsung membuktikan selebriti Malaysia pun boleh mendapatkepercayaan dari pihak antarabangsa asalkan "kita ikhlas & gigihbekerja untuk memberikan mutu yang tinggi serta memajukan dirisendiri."

"Saya amat berbesar hati kerana dipilih untuk bekerjasama dengansebuah jenama antarabangsa yang menghasilkan produk-produk yangbermutu tinggi dan semasa untuk pasaran dunia," kata selebriti masakanyang semakin kurus ini.

Chef Zam yang pernah mempunyai susuk tubuh yang montel, menjadi kurussetelah menjalani pembedahan memendekkan usus pada 21 September lalu.

Perubahan mendadak pada saiz badan menyebabkan segalanya turut berubah.

“Saya terpaksa menanggung risiko pembedahan itu tetapi hasilnya cukupmemuaskan," kata chef yang gembira dengan perubahan berat badannya.

Namun, Chef Zam menasihati mereka yang ingin melakukan pembedahansedemikian supaya memikirkan semasak-masaknya sebelum membuatkeputusan.

“Bukan mudah untuk kelihatan seperti ini. Perut saya terpaksa ditebuksebanyak lima lubang," kata Chef Zam juga aktif menjadi pengacaramajlis.

Chef Zam berasal dari Terengganu dan mula berjinak-jinak dalam bidang masakan sejak menolong ibunya di dapur pada usia tujuh tahun. Namun secara rasminya mempelajari bidang itu pada tahun 1990.

Dia mempunyai diploma dalam bidang masakan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1993.

Selepas itu, dia berkhidmat sebagai tukang masak di beberapa buah hotel sebelum melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda di Johnson And Wales University, Amerika Syarikat.

Seterusnya, Chef Zam bekerja di New York selama tiga tahun. Kemudian dia kembali ke Malaysia dan bekerja di Kolej KDU sejak 1998.

Pada 2003, dia mendapat biasiswa untuk menyambung pengajiannya dalam ijazah sarjana di Thames Valley University, London. Selepas dua tahun di sana, Chef Zam pulang ke Malaysia dan kembali mengajar di Kolej KDU sehingga sekarang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: