Monday, January 4, 2010

Brittany Berfirasat Tentang Kematiannya

Brittany Murphy kelihatan pucat dan kurus ketika wawancara terakhirnya sebelum meninggal

MENURUT laporan oleh Splash News, aktres Brittany Murphy kelihatan pucat dan kurus ketika wawancara terakhirnya sebelum meninggal.

Seorang wartawan berkata, pada 3 disember lalu, aktres tersebut berkata padanya bahawa dia akan meninggalkan Los Angeles pada menjelang Krismas.

Murphy juga merancang sebuah percutian keluarga di New York bersama suami tercinta Simon Monjack, sebelum kembali aktif dengan kariernya pada tahun ini.

Murphy juga sudah mempunyai firasat mengenai kematiannya. Ketika dia sedang mempromosikan filem terbarunya, Across The Hall, aktres itu berkata pada wartawan yang dia ingin memiliki rambut berwarna perang di kehidupan akan datang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: