
90210 mengisahkan tentang dua beradik iaitu Annie Wilson (Shenae Grimes) dan juga Dixon (Tristan Wilds), yang baru pertama kali berada di West Beverly Hills High School yang sangat berlainan dari tempat asal mereka di Kansas. Keluarga Wilson, iaitu ayahnya Harry (Rob Estes) dan ibunya Debbie (Lori Loughlin), telah berpindah ke Beverly Hills untuk menjaga nenek mereka Tabitha (Jessica Walter), seorang pelakon terkenal satu ketika dulu.
Satu perubahan yang amat ketara bagi Annie dan Dixon apabila menjadi orang baru di Beverly Hills, tambahan pula ayah mereka menjadi guru besar di sekolah baru mereka itu. Kehadiran mereka juga dapat dirasai oleh sekolah itu kerana Annie adalah seorang anak gadis yang berjiwa besar dalam bidang pementasan manakala Dixon pula seorang bintang olahragawan.
Pastikan anda menjadi penonton setia 90210 yang bersiaran di 8TV pada setiap hari Rabu jam 10 malam. Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro 708.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: