LONDON - Bekas Ratu Cantik England yang dilucutkan gelarannya, Rachel Christie menceritakan detik-detik dia bergaduh dengan seorang wanita di sebuah kelab malam kerana 'berebutkan' seorang lelaki.
![]() |
| RACHEL |
Insiden itu berlaku semasa Rachel, 21, melakukan persiapan untuk menyertai pertandingan Ratu Cantik Dunia di Johannesburg, Afrika Selatan.
"Saya amat marah dan kecewa dengan diri saya. Saya mengecewakan diri sendiri, keluarga dan mereka yang meletakkan harapan tinggi terhadap saya," kata Rachel.
"Saya kecewa pergi ke kelab itu pada malam hari kejadian," tambahnya.
Ekoran pergaduhan itu, Rachel ditangkap sebelum dibebaskan kerana disyaki menyerang Sara manakala gelarannya dilucutkan. Tempatnya di Johannesburg digantikan oleh Katrina Hodge yang menduduki tempat kedua.
Rachel ialah seorang atlet yang berbakat dan dia berharap akan dapat menyertai pasukan lari 400 meter wanita pada Sukan Olimpik 2012 di London sekali gus mengikuti langkah bapa saudaranya iaitu bekas pemegang rekod dunia acara pecut 100 meter, Linford Christie.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: