Friday, January 15, 2010

Bekas ratu cantik edar kondom di Singapura


RIS mengedarkan kondom percuma kepada orang awam
di Singapura semalam.

SINGAPURA - Bekas penyandang gelaran Ratu Cantik Dunia Singapura, Ris Low sekali lagi mencetus kontroversi apabila dia mengedar kondom percuma kepada orang ramai di sini semalam.

Sebuah syarikat pengeluar kondom memilih Ris sebagai jurucakap bagi mempromosi produk terbarunya itu.

Pada tahun lalu, kelemahan Ris berbahasa Inggeris menjadi tajuk utama akhbar tempatan kerana ramai penduduk di negara tersebut berpendapat dia akan memalukan Singapura apabila mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Dua minggu selepas dia dinobatkan menjadi Ratu Cantik Dunia Singapura, Ris sekali lagi dikritik selepas media tempatan mendedahkan bahawa dia pernah diletakkan dalam pengawasan polis pada tahun lalu kerana terlibat dengan skandal penipuan kad kredit.

Pendedahan itu menyebabkan pihak penganjur menarik balik gelaran ratu cantik yang dimenanginya..

Dalam satu wawancara media baru-baru ini Ris menyatakan dia tidak malu dengan apa yang berlaku terhadap dirinya kerana selama ini matlamatnya cuma untuk menjadi terkenal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: