SEJAK menimang cahayamata, pelakon Faezah Elai jarang muncul di kaca-kaca televisyen mahupun menghiasi dada-dada akhbar dan majalah hiburan tempatan.
Pelakon wanita ini memberitahu, dia kini lebih selektif dalam menerima tawaran kerja atau projek yang diberikan kepadanya.
Jelas pemilik sebenar Noor Faezah Md Elai, 34, keputusan tersebut dibuat selepas berhijab sejak awal tahun lalu.
Bukan disebabkan perkara itu sahaja, anak jati Pulau Pinang ini juga mengakui sejak bergelar isteri dan ibu dia lebih berhati-hati untuk menerima sebarang watak dan skrip.
Mesra disapa Faezah, jelasnya, kerana itu dia lebih selesa bekerja di bawah arahan suaminya, pengarah Heykal Hanafiah yang lebih memahami kehendaknya.
"Sebenarnya saya tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan produksi lain jika mereka boleh memenuhi syarat-syarat yang saya tetapkan.
"Tetapi, jika tidak, saya terpaksa menolaknya. Lagipun saya bimbang menyusahkan produksi sehingga menjejaskan kerja-kerja mereka," kata pelakon drama bersiri Wadi ini.
Jelas Faezah, dia juga mahu dikenali dengan watak-watak yang lebih memberi impak berbanding watak yang pernah dibawakan sebelum ini.
"Kebanyakan peranan saya sebelum ini agak biasa dan kurang serius. Bukan saya tidak boleh menjayakan watak sebegitu tetapi sudah tiba masanya saya tonjolkan sisi berbeza sebagai seorang pelakon.
"Bahkan jika diberi watak antagonis, saya sedia menerimanya kerana saya yakin ia akan meninggalkan kesan kepada penonton," katanya.
Ujar pelakon filem Cun ini, dia serius menjaga kualiti kerjanya supaya penonton dapat melihat kemampuannya dalam bidang seni.
"Saya sayangkan bidang lakonan, tetapi saya tidak kesal dengan keputusan dibuat, jika sekadar berlakon tangkap muat sahaja, lebih baik saya peruntukan masa untuk sesuatu yang lebih berharga.
"Jika saya sendiri bosan dengan lakonan yang sama, saya yakin penonton juga akan merasainya," katanya tidak kesal terpaksa memperlahankan kerjaya selepas kahwin dan bergelar ibu.
Berkongsi mengenai perkara itu, katanya, fokus sepenuhnya terhadap keluarga bukan bermakna dia akan mengundurkan diri daripada bidang seni dalam masa terdekat.
"Anak kedua saya masih kecil, jadi saya memang sengaja memperlahankan kerjaya untuk memberi perhatian kepadanya. Anak pertama pula sudah ke sekolah, jadi saya perlukan masa hantar dan ambilnya di sekolah.
"Saya tidak mahu kerja membuatkan masa bersama anak-anak terjejas sehingga mengabaikan mereka," kata ibu kepada Dealova Heyrinna dan Aurora Heyricca ini.
Selain dua anak kandungnya itu, Faezah turut menjaga tiga anak tirinya Luqman Hakim, 16, Sarah, 14, dan Luq Adam, 6.
Selesa menerima kerja yang tidak mengambil masa panjang, Faezah akan menolaknya kerana bimbang meninggalkan anak terlalu lama di rumah.
"Apabila saya shooting, kebiasaannya ibu akan bantu menjaga anak. Tetapi saya lebih suka menjaganya sendiri," tambahnya.
Rezeki berniaga
Masa yang ada dimanfaatkan Faezah dengan melibatkan diri menerusi perniagaan produk kecantikan, Purest dan koleksi fesyen, Elai’s Hijabers.
Gembira kerana kedua-dua jenama yang diusahakan mendapat sambutan baik, Faezah berkata, berniaga menjadi sebahagian punca pendapatan utamanya.
"Saya beri sepenuh perhatian kepada perniagaan ini sejak mengurangkan berlakon.
"Bagi saya ia berbaloi, kerana daripada aspek kerja dan masa, semua saya aturkan sendiri. Jadi masa bersama famili tidak terjejas.
"Pada awalnya saya bimbang juga jika tidak dapat menguruskannya dengan baik, bagaimanapun, saya bersyukur sokongan suami membuatkan saya jadi lebih bersemangat.
"Malah rutin lakonan yang tidak terlalu padat menjadikan saya lebih selesa menjalankan perniagaan ini," katanya.
Ditanya apakah dia akan membuka butik bagi memperluaskan lagi jenamanya, Faezah berkata dia lebih gemar menjalankan bisnes secara atas talian (online).
"Saya tidak pernah terfikir untuk membuka butik. Bagi saya berniaga online lebih mudah, lagipun, jika ada butik saya perlu membawa anak saya ke sana, nanti akan menggangu rutin bersama keluarga pula," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: