PETALING JAYA: Bekas vokalis Klangit, Ary Hadre bersedia untuk bersaing semula dalam industri hiburan dengan mempertaruhkan single solo pertamanya yang berjudul Janji Palsu.
Ary atau nama sebenarnya Mohamad Nor Hadre Ayub, berkata, lagu ciptaan sepenuhnya Adi Sixth Sense dianggap sesuai untuk dijadikan single pertama kerana kekuatan susunan muzik disamping kematangan vokalnya tersendiri.
“Sejujurnya saya sangat teruja dan sedikit gementar memikirkan respon yang bakal diberikan oleh peminat terhadap single solo pertama saya ini.
"Jika dilihat melalui susunan muziknya, saya rasa genre ini amat digemari zaman sekarang selain kekuatan liriknya yang amat mendalam dan bisa memberikan kesan terhadap pendengar.
"Maklumlah, kisah cinta ada bermacam-macam, jadi, lirik lagu ini saya anggap sebagai salah satu kisah sedih dalam menempuhi alam percintaan,” katanya.
Ary berkata, dia yakin Janji Palsu dapat diterima pendengar terutamanya peminat-peminat kumpulan Klangit dan bakal menjadi sebuah lagu pilihan pendengar di radio-radio tempatan.
Janji Palsu ini mengisahkan tentang pasangan yang tidak berlaku jujur dalam perhubungan dan seringkali memberikan janji palsu hingga akhirnya percintaan mereka kecundang.
Untuk makluman, kumpulan Klangit pernah menerima anugerah platinum atas kejayaan mereka mencatat penjualan nada dering tertinggi menerusi lagu Sesal Mendua oleh Sony Music.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: