KUPANG - INDONESIA. Kehadiran seekor buaya yang berjemur di persisir Pantai Lasiana, Kecamatan Kelapa Lima, Kota Kupang, Nusa Tenggara Timur (NTT), petang semalam, meresahkan penduduk setempat.
Kehadiran reptilia ini menyebabkan pengunjung mahupun nelayan runsing, lapor Kompas.com.
Kasubag Program Dan Kerjasama Balai Besar Konservasi Sumber Daya Alam (BBKSDA) NTT, Dadang Suryana berkata, sebaik menerima laporan, pihaknya berusaha menangkap buaya itu.
Dadang mengaku, usaha menangkap haiwan itu gagal kerana ia kembali masuk ke laut.
Katanya pencarian terpaksa dihentikan untuk sementara waktu.
"Operasi kali ini kurang berhasil, kerana perahu kita terlambat datang dan yang kedua suasana di sini terlalu ramai, sehingga sukar membuat buaya kekal tenang berada di tempat.
"Akibatnya, usaha untuk membuatkan buaya tidak ke mana-mana gagal.
"Operasi ini akan terus dilakukan oleh tim BBKSDA. Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati ketika berada di bibir Pantai Lasiana, kerana dipercayai populasi buaya semakin banyak," tambahnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: