KOTA BHARU – Lalat Askar Hitam (Black Soldier Fly) atau ringkasnya dipanggil sebagai BSF kini menjadi musuh utama bagi pengusaha madu berasaskan lebah kelulut di negara ini.
Usahawan lebah kelulut, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, serangan serius lalat itu akan mendatangkan kerugian kepada keseluruhan ladang kelulut di negara ini sekiranya tidak dikawal mulai sekarang, sebelum tiba musim hujan pada Oktober, November dan Disember ini.
Menurutnya, ini kerana keadaan suhu lembab dan hujan tidak menentu merupakan punca pembiakan lalat tersebut secara aktif di kawasan ladang kelulut.
“Ancaman ini satu dilema buat pengusaha madu kelulut, malah dianggap bencana kecil yang sukar dikawal sekiranya tindakan awal tidak diambil, saya sedang berusaha dan telah berbincang dengan beberapa pakar BSF untuk memperincikan lagi langkah-langkah pencegahan.
“BSF juga boleh menyerang koloni yang sudah kuat dan boleh mengambil madu dari 1 hingga 1.5 kilogram (kg), jadi koloni yang kuat juga kena sentiasa diperhatikan. Tanda serangan sudah tahap kritikal, larva ulat sudah menetas dan memenuhi sarang kelulut, kantung madu dan ‘bee bread pecah ‘dan terdapat ulat dalam kantung,” katanya.
Tambahnya, koloni boleh mati dalam masa dua minggu selepas BSF bertelur di sarang kelulut dan memusnahkannya dalam tempoh sebulan di mana pemerhatian tahap tinggi perlu diberikan bagi mengelak kerosakan yang lebih besar berlaku.
“Pencegahan secara proaktif perlu dilakukan bagi melindungi secara berterusan ternakan kelulut daripada bencana ini seperti mengurangkan penunaian hasil kerana bau madu dan ‘bee bread’ akan menarik BSF menyerang koloni baru untuk bertelur ketika proses menunai dilakukan,” katanya.
Mohd Hisyamuddin berkata, selepas terkena serangan lalat tersebut, penternak perlu perhatikan sama ada masih ada permaisuri lebah kelulut boleh diselamatkan atau tidak, jika tiada ambil tindakan segera dengan membakar koloni yang diserang BSF sebelum merebak ke koloni lain.
“Koloni-koloni yang belum diserang BSF kena diberikan perhatian serius, penggunaan ‘netting nyamuk’ bersaiz lebih besar dan memuatkan kelulut, potong dan tampal di semua muncung masuk kelulut yang masih belum terkena serangan," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: