Wednesday, July 27, 2016

Moon So Ri Terpilih Sebagai Juri Festival Filem Venice




Moon So Ri adalah aktres pertama Korea yang terpilih bagi menjadi juri pada Festival Filem Venice ke-73 yang bakal berlangsung pada Ogos depan.
PELAKON Moon So Ri menjadi aktres pertama Korea Selatan terpilih untuk menjadi salah seorang juri pada Festival Filem Venie ke-73 yang bakal berlangsung pada Ogos depan.
Soompi melaporkan So Ri bakal ditugaskan untuk mengadili naskah-naskah terbaik dari seluruh dunia menerusi kategori Orizzonti.

Festival berkenaan adalah antara yang berprestij selain Festival Filem Cannes dan Festival Filem Antarabangsa Berlin.

Orizzonti adalah kategori yang mempunyai trofi tersendiri pada festival berkenaan.

So Ri sebelum ini pernah memenangi trofi Marcello Mastroianni yang diberikan kepada pelakon pada festival berkenaan menerusi lakonannya dalam filem Oasis pada 2002.

Antara filem lakonannya yang turut menjadi perhatian di festival filem antarabangsa adalah Hill of Freedom dan A Good Lawyer's Wife.

Sementara itu, So Ri, dalam satu kenyataan memberitahu dia teruja terpilih untuk menjadi juri dan menganggap ia tugas paling mencabar pernah diberikan kepadanya.

"Ia bukan mudah untuk mengadili dan membuat perbandingan di antara filem tetapi pengalaman untuk menyaksikan pelbagai karya terbaik seluruh dunia tidak patut saya lepaskan.

"Saya ada memori indah bersama Festival Filem Venice dan berharap pengalaman ini akan memberi kenangan manis buat saya," katanya.

So Ri sebelum ini pernah bertindak sebagai juri pada beberapa festival filem seperti di Busan, Jeonju, Locarno dan Tokyo.

Festival Filem Venice ke-37 bakal berlangsung pada 31 Ogos hingga 10 September depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: