LEBIH 60 tahun bergelumang dalam bidang seni, Datuk Rosnani Jamil akhirnya memilih untuk mengakhiri perjalanan kariernya sebagai pelakon, penulis skrip, pengarah dan juga penerbit filem.
Ironinya, beliau yang mesra disapa dengan gelaran Mak Nani pertama kali menjadi penerbit dan pengarah untuk filem pertamanya, Mawar Merah lakonan Raja Ema dan Allahyarham Mustaffa Noor dan mengakhiri dunia seninya dengan filem Mawar Putih yang akan ditayangkan pada 18 Ogos depan.
“Filem ini amat istimewa kerana ia menjadi titik akhir kegiatan seni saya apatah lagi penghasilan filem ini sejak awal hingga akhir pembikinannya diuruskan oleh saya.
“Banyak onak liku yang telah dilalui ketika bergelar anak seni dan saya mahu segala pengorbanan yang dilakukan dapat dipatrikan dalam filem akhir arahan saya ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Katanya, Mawar Merah permulaan cerita manakala Mawar Putih menutup cerita. Skripnya sudah lama dihasilkan malah mendapat bantuan dan sokongan suami.
“Pemilihan pelakon juga di kalangan anak seni yang sudi bekerja dengannya. Harapkan nama besar, dia tidak mampu membayar harga diminta apatah lagi mengambil pelakon popular.
“Harapan kembali berbunga apabila lamaran kepada pelakon drama, Reen Rahim disambut dengan besar hati. Saya terharu apabila Reen serta Arja Lee meluahkan rasa bangga dan besar hati diberi peluang bekerja dengannya,” katanya.
Tribute untuk arwah suami
Sebenarnya, Mak Nani menghasilkan filem ini sebagai tanda kasih dan penghargaan buat suami tercinta, Datuk Jamil Sulong yang dijemput Ilahi pada 25 September 2014 pada usia 88 tahun.
“Filem ini merupakan perancangan kami berdua, namun ia terhenti sementara selepas arwah pergi... saya ingatkan filem ini akan berkubur begitu sahaja pada awalnya.
“Namun selepas mendapat sedikit kekuatan, saya kembali meneruskan impian kami berdua dan melakukan kerja-kerja pengarahan seperti yang dirancang,” katanya.
Tanpa mengharap bantuan dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebagaimana kebanyakan penerbit lain, Mak Nani memulakan penggambaran Mawar Putih berbekalkan wang simpanan sendiri.
“Bermula pada 17 Ogos tahun lalu di Kuala Lumpur dan selesai penggambaran pertengahan September lalu, ia turut melibatkan lokasi di luar negara seperti di tanah kelahirannya di Padang dan Bukit Tinggi, Sumatera.
Bermula sebagai pelakon kemudian penulis skrip, penerbit dan pengarah, peluang menulis lirik lagu runut bunyi (OST) dianggap kepuasan besar buat dirinya.
Filem Mawar Putih mengisahkan cinta dua darjat di antara Irwan yang merantau ke Malaysia dan berkahwin dengan Tengku Zarina.
Pergolakan bermula apabila anak mereka, Aidil bercinta dengan gadis Padang, Cinta, tetapi ada sesuatu yang membuatkan Aidil dan Cinta tidak mungkin dapat bersatu.
Tumpu pada keluarga
Selain menanti debaran tayangan filem terakhir arahannya, Mak Nani menjelaskan beliau akan meneruskan kehidupan bersama keluarga selepas tidak lagi aktif dalam bidang seni selepas ini.
“Anak-anak pun sudah tidak benarkan saya aktif lagi, mereka mahu saya berehat di rumah dan melakukan aktiviti lain selain menjaga kesihatan diri.
“Saya sendiri pun merasakan bahawa sudah tiba masa untuk saya berundur dari bidang seni dan menumpukan kepentingan diri dan menghabiskan masa bersama anak cucu,” katanya.
Besar harapannya agar rakyat Malaysia sudi ke pawagam untuk memberi sokongan dan menonton filem Mawar Putih yang menjadi titik penamat kariernya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: