PETALING JAYA: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berharap kejadian menimpa pelakon Adlin Aman Ramlie yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes berhubung sindiket pelaburan haram pada 20 Julai lalu dapat dijadikan pengajaran oleh artis lain.
Presiden Seniman, Zed Zaidi, 36, berkata, mereka perlu lebih berhati-hati dalam menerima sebarang tawaran yang berkaitan sistem pemasaran pelbagai peringkat (MLM), pelaburan mahupun sebagai duta bagi mewakili produk bagi mengelakkan dimanipulasi sesetengah pihak.
"Apa yang berlaku kepada Adlin adalah satu pengajaran yang besar kepada artis lain agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.
"Ini kerana artis banyak dimanipulasi oleh pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan dan kejadian melibatkan Adlin adalah contoh terbaik," katanya.
Zed berkata demikian ketika hadir pada sidang media khas yang diadakan oleh Adlin bagi menjelaskan berhubung penahanannya di Sri Pentas di sini, Ahad.
Rabu lalu, Adlin ditahan di rumahnya kira-kira pukul 2.30 petang bagi membantu siasatan dipercayai berhubung sindiket penipuan hartanah yang melibatkan kerugian jutaan ringgit.

Adlin tampil membuat penjelasan berhubung penahanannya pada Rabu lalu.
Pelakon itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dekat sini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan.Pada sidang media berkenaan Adlin tampil menjelaskan dia tidak ditahan reman seperti heboh diperkatakan sebaliknya hanya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Malah Adlin berkata, dia tidak menolak dirinya menjadi mangsa perangkap dan eksploitasi sindiket pelaburan haram itu.
Dalam pada itu, Zed berkata, Seniman sentiasa terbuka kepada ahli-ahlinya untuk membuat rujukan dan pengesahan dalam pelbagai perkara bagi memastikan tidak wujud kes penipuan atau ekploitasi.
"Seperti MLM jika tidak tahu sama ada ia sah atau pun tidak, kami boleh membuat pengesahan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
"Banyak lagi perkara yang boleh dirujuk sekiranya ragu-ragu dan Seniman sentiasa terbuka untuk membantu," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: