SUNGAI MANIK - Menjadi makanan tradisi masyarakat Melayu menyebabkan dodol hanya dihidangkan ketika sambutan hari raya atau majlis kenduri di kampung.
Proses menyediakan dodol yang sedikit rumit dan memakan masa lama sehingga memenatkan menyebabkan ia hanya dimasak oleh golongan yang berusia.
Jarang sekali kita melihat golongan muda menceburi perniagaan dodol, malah jika ada jumlahnya boleh dikira menggunakan jari bagi sesebuah negeri.
Berbeza dengan generasi muda lain yang berniaga dalam bidang makanan, Sharul Nizam Ariffin, 25, melihat peluang perniagaan dalam mengusahakan dodol warisan keluarganya.
Anak muda yang berasal dari Kampung Attaduri, Langkap ini, meneruskan usaha serta membantu ayahnya dalam menyediakan dodol untuk dijual kepada penduduk kampung setiap kali Syawal.
“Keluarga saya asalnya memang membuat dodol dan ini merupakan resipi warisan turun-temurun, namun ia hanya untuk dimakan sahaja ketika itu.
“Namun lama-kelamaan, saudara-mara dan orang kampung mula menempah dodol dari kami untuk dijadikan juadah sempena Syawal,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Menurut Sharul Nizam, perniagaan dodol buatan keluarganya itu, dimulakan oleh bapanya, Ariffin Omar, 67, secara sampingan pada tahun 2000 dan tidak pernah menyangka sambutan diterima begitu menggalakkan.
“Cabaran dalam memasak dodol ini adalah dari segi tenaga kerana kita memerlukan masa sekurang-kurangnya lapan jam mengacau dodol di dalam kawah.
“Sebab itu tahun ini, kami beli mesin kacau dodol sebab tak ada tenaga yang banyak untuk penuhi permintaan pelanggan,” katanya.
Tambahnya, setiap kali memasak satu kawah dodol bersaiz 30 inci, dia akan dapat menyediakan 50 bekas dodol dengan masing-masing seberat satu kilogram untuk dijual pada harga sekitar RM20.
“Kebiasaannya kami akan memasak empat kawah atau lebih setiap kali hari raya untuk memenuhi permintaan pelanggan,” katanya.
Sementara itu, Ariffin berkata, dia bersyukur kerana anaknya Sharul Nizam menunjukkan minat untuk belajar memasak dodol dan membantu perniagaannya itu.
“Bukan senang nak masak dodol, ia memerlukan ketelitian, kesabaran dan minat agar kita dapat mengekalkan rasa sedap pada dodol tersebut, sebab itu ramai anak muda tak mahu belajar.
“Bahan-bahannya juga perlu ikut sukatan yang betul, manisan dodol ini diadun daripada perahan santan kelapa tua, gula pasir, gula melaka, gula kabong dan tepung pulut,” katanya.
Tambahnya, semua ramuan berkenaan akan diadunkan melalui kaedah mengacau yang memakan masa antara tiga hingga empat jam.
“Kita perlu kacau dodol sepanjang masa untuk mengelakkan ia hangus dan berkerak di bahagian bawahnya bagi memastikan dodol sebati menjadi melekit, tebal serta manis.
“Jangka hayat dodol pula bergantung kepada cara kita memproses dan memasak dodol berkenaan, jika ia tidak tahan lama maksudnya ia tidak cukup masak,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: