FRANKFURT - JERMAN. Dua anggota polis termasuk seorang anggota polis wanita cedera dibelasah seorang penumpang lelaki yang hilang sabar selepas penerbangannya dilewatkan.
Spiegel Online mengatakan penumpang berusia 38 tahun tersebut menjerit 'Saya warganegara Britain!' berulang-kali sebelum memulakan pergaduhan.
Dalam sebuah video yang viral semalam, lelaki berkenaan memukul dan menghalang lebih dari dua anggota polis yang cuba datang untuk menenangkannya.
Beliau cuma tenang selepas seorang wanita yang dipercayai rakannya datang menenangkannya.
Laporan media tempatan mengatakan lelaki tersebut bimbang mengenai keadaan isterinya yang mengalami kesukaran bernafas di rumahnya.
Ketika kejadian, lebih 7,000 penumpang mengalami kelewatan penerbangan akibat cuaca buruk, kata jurucakap lapangan terbang berkenaan.
Pihak berkuasa Jerman juga menafikan kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan pengganas.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: