REMBAU – "Sejak berusia 20-an, mak cik akan pastikan simpan RM1 ke RM2 setiap hari dan berniat untuk menggunakan duit simpanan ini bagi menunaikan haji," kata Esah Zakaria, 60, ketika ditemui Sinar Harian sempena Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji Daerah Rembau Tahun 2016 di Balai Lela Sedia Kediaman Rasmi Yang Teramat Mulia (YTM) Undang Luak Rembau, di sini, kelmarin.
Esah yang menetap di Kampung Titian Akar berkata, pada usia kini dia berasa gembira dan bahagia apabila melihat mana-mana individu terutama dikenalinya berpeluang menjejakkan kaki ke Makkah dan menunaikan ibadah haji di usia muda.
Menurutnya yang bekerja kilang selama hampir 20 tahun di Kuala Lumpur, dia nekad mengasingkan duit sekurang-kurangnya RM1 sehari bagi memastikan hajatnya menunaikan haji tercapai.
"Jika ada duit lebih, mak cik simpan RM2. Sebulan dah RM60. Sebelum ada Tabung Haji, mak cik simpan duit tu dalam bank lain. Dah lima tahun mak cik ikuti kursus haji dan tak sangka penghujung tahun lepas, mak cik tersenarai sebagai bakal haji, akan berangkat 15 Ogos ini.
"Ini pertama kali mak cik tunai haji dan serasanya hati mak cik sudah pun berada di sana," ceritanya dengan wajah ceria.
Esah berkata, dia turut akan mengerjakan upah haji buat arwah suaminya, Mohamad Che Long, yang meninggal pada 2008.
Menurutnya, kegigihannya mengumpulkan duit hasil titik peluhnya bekerja kilang dan juga jualan telur itik setelah pulang menetap di kampung pada pertengahan 1990-an lalu bagi menjaga ibunya yang sakit telah berjaya menyempurnakan hasratnya menunaikan haji.
"Mana sangka mak cik akhirnya dapat juga tunaikan ibadah haji dan dapat buat untuk arwah suami mak cik sekali upah haji. Syukur alhamdulillah," katanya.
Sempena program tradisi bermula sejak 18 tahun lalu itu, seramai 71 bakal haji diraikan oleh Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman dan isteri, Toh Puan Siti Ramalah Yunus.
Turut hadir, Adun Kota, Datuk Dr Awaludin Said dan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Kamal Amran Kamaruddin.
Sementara itu, Sharip dalam ucapannya menasihatkan bakal haji untuk mematuhi segala peraturan dan nasihat diberikan Tabung Haji serta dapat menjaga kesihatan mereka dengan baik sepanjang menunaikan ibadah berkenaan.
"Malah saya mendoakan agar kesemua bakal haji akan dapat pulang dengan haji mabrur dan semasa berada di sana, mereka diharap dapat menjaga nama baik negara," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: