“TAK mustahil satu hari nanti Khairul akan jadi pelari remaja Asia terpantas disebabkan sikapnya yang sentiasa mendengar arahan,” kata Mustafa Mohd Noor, bekas jurulatih olahraga terhadap Khairul Hafiz Jantan, 18, yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 di Sarawak, kelmarin.
Khairul Hafiz berjaya mencatat masa 10.18 saat, sekali gus memecahkan rekod 10.30 saat yang dipegang Watson Nyambek selama 18 tahun.
Menurut Mustafa, bakat yang ada pada pelari pecut kebanggaan Melaka itu dikesan seawal di tingkatan satu lagi sewaktu bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru, walaupun pada ketika itu dia mewakili sekolah dalam sukan bola sepak.
“Saya mengajarnya subjek Bahasa Melayu di dalam kelas dan juga bertindak sebagai jurulatih olahraganya di padang. Tenaganya yang luar biasa dari rakan yang lain membuatkan saya rasa dia boleh pergi lebih jauh.
“Masa tingkatan satu, dia wakil sekolah main bola sepak bahagian pertahanan. Kemudian di tingkatan tiga kita sudah nampak dia lebih ke arah olahraga walaupun cara larian dan hayunan tangannya ketika itu ‘bersepah’,” katanya ketika ditemui di SMK Bukit Baru di sini, semalam.
Mustafa berkata, ketika Khairul Hafiz mewakili sekolah ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) pada 2013, dari situlah bakatnya diperhati dan dirisik untuk dimasukkan ke sekolah sukan ketika berada di tingkatan empat.
"Ingat lagi lepas itu, cikgu Fuad yang menjadi jurulatih sehingga kini datang kepada saya berminat untuk mengambilnya masuk ke sebuah sekolah sukan di negeri ini.
“Namun, Khairul Hafiz enggan pada mulanya dan lepas saya pujuk banyak kali dan bagitahu bahawa dia boleh pergi jauh, baru dia akur,” katanya.
Mustafa yang sempat mengajar Khairul Hafiz selama tiga tahun itu menyifatkan anak didiknya seorang yang lurus dan disenangi guru dan rakan-rakan.
“Dia ni perangainya suka berjenaka. Resepi kejayaannya juga sebab dia ini tak pandai bantah cakap cikgu. Tiada masalah displin meskipun dia dikenali sebab olahragawan sekolah. Sebab itu kami senang dengannya.
“Sebagai galakan kepada dirinya
`Angah nak pecah rekod´
"Angah akan buat yang terbaik dan nak pecah rekod", Itulah ungkapan Khairul Hafiz yang sering disampaikan kepada ibunya jika menyertai apa-apa pertandingan olahraga.
Norliza Muhamad, 41, kini boleh berbangga dengan pencapaian anaknya itu, lebih-lebih lagi berjaya meleburkan rekod kebangsaan milik Watson Nyambek dalam acara olahraga 100 meter.
Beliau berkata, kejayaan anaknya yang mesra dipanggil ‘Angah’ itu disaksikan bersama anak bongsu, Noor Khairina, 12, secara langsung di rumah kerana suami, Jantan Ramli, 48, dan anak sulung, Kahirul Naim, 19, berada di Sarawak bagi memberi sokongan buat Khairul Hafiz.
“Kalau pergi mana-mana, dia memang akan minta restu saya. Ayat yang tidak lekang dari mulutnya adalah mahu pecah rekod dan nak buat yang terbaik. Sekarang dia dah buktikan.
“Saya bersyukur kerana dia dah buktikan kemampuan dan paling penting mengharumkan nama Melaka,” katanya dengan nada sebak ketika ditemui di rumahnya di Bukit Katil di Melaka, semalam.
Menurutnya, anaknya yang bercita-cita menjadi polis itu turut mengharapkan kejayaan pada tiga lagi acara yang disertainya.
“Angah pernah cakap, dia nak catat rekod baru dalam acara 200 meter iaitu yang dipegang Tan Sri M Jegathesan selama 40 tahun.
“Selain 100 meter dan 200 meter, acara lain yang disertainya 4 x 100 dan 4 x 400 meter. Doa saya agar emas untuk semua acara yang disertainya,” katanya.
Norliza berkata, kejayaan anaknya sedikit sebanyak melalui sikapnya sendiri yang sentiasa merendah diri, menghormati orang tua selain sokongan keluarga.
“Angah ni budaknya happy go lucky, susah nak tengok dia bersedih. Walaupun kini dia sibuk ke sana ke sini menjalani latihan, dia tetap akan bertemu dengan saya walaupun sekejap.
“Ayahnya juga orang kuat dan jadi tulang belakang Angah. Ke mana sahaja ada kejohanan dia pasti ikut untuk beri semangat. Yang buat saya terharu, dia sanggup ambil cuti kerja (sebagai pengawal keselamatan) semata-mata untuk melihat anak beraksi,” katanya yang mempunyai tiga cahaya mata.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: