MELAKA TENGAH - Hanya kerana sebiji kelapa, seorang kanak-kanak ditampar oleh seorang warga emas.
Bagaimanapun, tindakan warga emas itu membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Tertuduh, Abu Hassan Shaari Baharuddin, 63, dijatuhi hukuman itu selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa dan membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik.
Berdasarkan pertuduhan, Abu Hassan didapati menampar seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sebuah ladang kelapa di Bukit Rambai, kira-kira jam 4.25 petang pada 5 Jun lalu.
Dia didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksima RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela itu merayu mahkamah mengurangkan hukuman penjara, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak, memohon mahkamah mengenakan hukuman sebagai pengajaran kepadanya.
Selepas mendengar rayuan dan hujah kedua-dua pihak, Mohd Asri menjatuhkan hukuman penjara sehari dari tarikh sabit kesalahan dan denda RM600 terhadap tertuduh atau satu bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.
“Memandangkan usia kamu 63 tahun, patutnya boleh selesai dari baik bukan lakukan kekerasan atau mendatangkan kecederaan kepada orang lain. Apa jua perbalahan atau isu timbul dengan mangsa seorang budak 8 tahun, kamu patut kawal sifat amarah.
“Mujur tiada kecederaan parah dan isu kat sini pasal buah kelapa kamu kena hadap ke mahkamah. Sekarang siapa yang rugi?,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: