Wednesday, July 27, 2016

'Jarak Usia Bukan Penghalang Terima Raja Afiq' - Anis Al-Idrus



Anis Al-Idrus tidak melihat jarak usia selama enam tahun dengan Raja Afiq sebagai satu masalah. 
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Anis Al-Idrus tidak melihat jarak usia enam tahun di antara teman lelakinya, aktor Raja Afiq sebagai penghalang untuk mereka menjalinkan hubungan cinta.
Anis, 28, berkata, dia selesa berkawan dengan Afiq kerana pelakon yang sedang popular menerusi drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz itu seorang yang matang selain mempunyai budi bahasa tinggi.

"Jujurnya walaupun saya enam tahun lebih tua daripadanya tetapi sebenarnya dia lebih matang daripada saya.

"Apabila bersama dengannya saya tidak rasa perbezaan usia di antara kami kerana dia seorang yang matang dan berbudi bahasa," katanya.

Anis ditemui ketika sambutan hari jadinya yang diadakan di Subang Jaya di sini, Ahad.
Anis selesa berkawan dengan Raja Afiq.
Afiq, 22, sebelum ini mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Anis sejak sebulan lalu.
Jelasnya, perkenalan mereka bermula ketika menjayakan beberapa majlis anjuran stesen televisten TV3 pada Ramadan lalu.

Dalam pada itu, Anis berkata, dia terbuka apabila Afiq secara terbuka mendedahkan tentang hubungan mereka walaupun ia masih baharu.

Kata Anis, tindakan Afiq itu menunjukkan dia jujur dan ikhlas tentang hubungan mereka.

"Jika dia hendak bercerita atau tidak mendedahkan perkara itu pun saya okey saya tetapi tindakannya itu saya yakin dia ikhlas.

"Saya pula sejak dari awal sudah beritahu tidak mahu main-main kerana pada tahap sekarang saya mencari hubungan yang serius," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai respon peminat, Anis berkata seperti ada yang menyukai dan juga sebaliknya.

Bagaimanapun katanya, dia melihat perkara itu sebagai perkara biasa dan tidak terlalu memberi fokus kepadanya.

Ditanya mengenai tindakan Afiq mendedahkan hubungan cinta mereka untuk menumpang popularitinya, Anis berkata, dia tidak bersetuju dengan perkara itu kerana lelaki berkenaan telah pun mempunyai kelompok peminantnya tersendiri.

"Bagi saya ia tidak berlaku kerana saya sendiri bukannya terkenal sangat tambahan pula dia sekarang sedang popular menerusi drama lakonannya," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: