PELUANG beraksi dalam filem Kabali yang menampilkan hero tamil terkenal, Rajanikanth sebagai bintang utama merupakan pengalaman berharga yang tidak mungkin dilupakan pelakon terkenal tanah air, Norman Hakim.
Menurut bintang berusia 39 tahun ini, pada awalnya, dia agak gusar untuk menerima tawaran berlakon dalam filem tamil itu, namun perasaan teruja kembali apabila dia mendapat sokongan isteri dan rakan seperjuangan.
“Awalnya, saya sukar membuat keputusan terutama apabila memikirkan terpaksa meninggalkan keluarga lebih dua minggu untuk menjalani penggambaran di India.
“Saya ambil masa yang agak lama untuk berfikir kerana perlu berjauhan dengan keluarga tetapi isteri, Memey Suhaiza sentiasa memberi sokongan. Dia yang mendorong saya mengambil peluang berharga ini untuk memperluaskan kerjaya lakonan di luar negara,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Ujarnya, dia turut menghubungi Datuk Rosyam Nor yang turut beraksi dalam filem itu untuk mendapatkan motivasi. Sama seperti Memey, Rosyam juga memberikan kata semangat supaya saya tidak melepaskan peluang itu.
“Saya berlepas ke Chennai, awal Januari lalu selama dua minggu untuk menjalani penggambaran filem tersebut. Selain Rosyam, filem arahan Pa Ranjith itu turut dibintangi seorang lagi pelakon tempatan, Zack Taipan.
Filem yang menampilkan Rajinikanth sebagai gangster berusia dalam misi mengesan anak perempuannya yang diculik itu, turut menjalani penggambaran di Malaysia.
Kongsi Norman, banyak pengalaman berharga ditimba sepanjang penggambaran berlangsung dan ia pasti disimpan sebagai ilmu untuk dia tampil sebagai pelakon yang lebih berkaliber.
“Banyak perkara yang saya pelajari, antaranya saya perlu berlakon dalam skala (kru) yang begitu besar. Sudah pasti ia memerlukan komitmen setiap mereka yang terlibat.
“Memang itu salah satu cabaran yang dihadapi sepanjang berada di sana, dari segi etika kerja pula masih sama dengan industri tempatan yang dilalui di Malaysia,” katanya.
Katanya, amat penting bagi dia dan pelakon lain tidak melepaskan tawaran berlakon yang sampai kepada mereka kerana ia dapat membantu mengasah lagi bakat lakonan yang dimiliki.
Sibuk gim, butik
Sementara itu Norman yang sudah masuk tahun ketiga sebagai duta produk kesihatan Ephyra mengakui agak selektif dalam menerima tawaran berlakon sepanjang tahun lalu disebabkan fokus kepada perniagaan butik Meylana dan gimnasium, Mr Sado miliknya.
Selepas melihat segala urusan berkaitan perniagaannya berjalan lancar dan semakin stabil, Norman bersedia untuk kembali aktif berlakon pada tahun ini dan kini sudah masuk ke set penggambaran Gerak Khas musim baru.
“Dulu, masa saya agak terbatas untuk berlakon kerana ingin terlebih dulu mengukuhkan perniagaan yang baru berkembang.
“Tawaran berlakon masih diterima, cuma saya hanya mempertimbangkan tawaran yang tidak memerlukan saya terlalu lama di lokasi penggambaran.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dengan izin ALLAH SWT dan saya berharap segala perancangan dipermudahkan dan perniagaan semakin maju,” katanya.
Memegang watak sebagai ACP Haris bagi Gerak Khas musim baru, Norman mengharapkan karier dan kehidupannya bersama keluarga berlangsung lancar selain mendapat sokongan daripada peminat yang turut menjadi tonggak kerjaya mereka.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: