KUANTAN – Penjenayah pedofilia yang sudah disabitkan dengan kesalahan jenayah seksual perlu diasingkan daripada masyarakat sehingga mereka benar-benar sembuh selepas menjalani rawatan.
Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Datin Paduka Che Asmah Ibrahim berkata, walaupun proses itu memakan masa, namun ia perlu bagi memastikan pesalah tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Menurutnya, selain dikenakan hukuman berat, penjenayah pedofilia juga tidak boleh dibenarkan berada dalam masyarakat dengan bebas.
“Kita juga berharap kerajaan dapat melaksanakan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 secara menyeluruh dan efektif.
“Pada masa sama, pihak berwajib juga perlu memperkemaskan pangkalan data jenayah seksual melibatkan kanak-kanak,” katanya ketika berucap di Seminar Pedofilia dan Pornografi: Apa Peranan Kita, kelmarin.
Seminar kali pertama anjuran Ikram Pahang itu membincangkan impak terhadap kanak-kanak yang mengalami gangguan seksual oleh pedofilia.
Pakar perunding psikiatri yang hadir turut berkongsi pandangan berhubung jenayah yang serius itu memandangkan kesannya boleh menyebabkan mereka ketagih seks sejak kecil.
Dalam pada itu, katanya, masyarakat khususnya ibu bapa dan guru perlu mempunyai kesedaran dan ilmu tentang pedofilia serta ancamannya kepada kanak-kanak bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa.
“Ilmu yang mendalam tentang perkara ini akan memberi kefahaman kepada kita punca berlaku pedofilia dan akhirnya dapat membantu mencegah jenayah ini daripada berlaku kepada anak-anak.
“Saya juga ingin ingatkan ibu bapa yang sering memuat naik gambar anak-anak di laman sosial supaya perlu lebih berhati-hati,” katanya.
Sementara itu, peserta seminar, Anis Liyana Abd Latiff, 29, berkata, sebagai seorang guru, inti pati yang dikupas dalam seminar itu bagus untuknya yang sentiasa berdepan dengan ramai pelajar.
“Pelajar ada banyak jenis perangai di sekolah dan kita kadangkala tak tahu sama ada mereka bermasalah atau sebaliknya," katanya.
Bagi seorang kaunselor kolej, Norfazilah Yusuf, 31, ilmu yang diperoleh di seminar itu sangat bermanfaat memandangkan sebagai kaunselor, dia perlu mengetahui pelbagai kaedah dalam mencari punca permasalahan pelajar.
“Perkongsian mengenai pedofilia dan pornografi ini perlu diteruskan dan diperbanyakkan dari semasa ke semasa agar lebih ramai dapat manfaatnya,” katanya.
Manakala bagi pelajar Noratirah Ahmad Nazri, 18, melalui seminar itu segala kekeliruannya selama ini mengenai pedofilia terjawab.
“Sebelum ini kita keliru juga apabila isu ini timbul dan seminar ini memberi kita penerangan yang mendalam, kesan dan cara untuk mengatasi,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: