TEMERLOH – Tindakan seorang peniaga hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di sini yang memulangkan semula dompet pelanggan yang tertinggal selepas menikmati hidangan di kedai rotinya dipuji.
Dompet pelanggan itu tertinggal di kedai miliknya Laziz Bakery di R&R Temerloh arah Barat ketika pelanggan dari Marang, Terengganu berhenti berehat dan di kedainya kelmarin.
Peniaga terbabit, Saharuddin Ahmad 30, berkata, sebaik sahaja pelanggan itu pulang salah seorang pekerja saya terjumpa dompet terbabit yang mengandungi wang tunai lebih kurang RM500 bersama beberapa dokumen penting.
Menurutnya, sebaik dimaklumkan dia segera menghubungi polis dan aduan tersebut diserahkan kepada sebuah Balai Polis di Terengganu.
“Sebenarnya pelanggan terbabit masih tak sedar dompetnya hilang sehingga dimaklumkan polis.
“Kami kemudian hubungi pelanggan terbabit menerusi nombor telefon bimbit yang diberikan polis di Terengganu, dan maklumkan dompetnya tertinggal.
“Pelanggan itu sebenarnya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Semalam, adiknya datang ke kedai saya dan ambil semula dompet itu,” katanya.
Saharuddin berkata, sepanjang kira-kira 10 tahun berniaga di situ, kejadian berkenaan kali pertama berlaku.
Katanya, kejujuran pekerjanya yang memaklumkan perkara itu kepadanya juga harus dipuji kerana pekerjanya adalah individu pertama yang menjumpai dompet itu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: