ADA sesetengah orang amat takut pada kegelapan. Tidak kira tua atau muda, golongan ini dipanggil scotophobia, iaitu mereka yang takutkan kegelapan.
Biarpun tidak diinspirasikan dari ketakutan golongan scotophobia, namun filem Lights Out barangkali akan mengundang golongan baharu scotophobia.
Didaptasi dari filem pendek pada 2013 yang diarahkan oleh David F. Sandberg, New Line Cinema, Atomic Monster dan Grey Matter Productions membawakan filem berjudul sama, Lights Out khas buat penonton.
Masih mengekalkan Sandberg selaku pengarah, filem ini ditulis oleh Eric Heisserer dan dibintangi Teresa Palmer, Gabriel Bateman, Alexander DiPersia, Billy Burke dan Maria Bello.
Filem ini mengisahkan Rebecca (Bateman) dan adiknya, Martin (Gabriel) yang dihantui sesuatu yang hanya muncul apabila lampu dipadamkan.
Lebih membingungkan, kedua-dua beradik ini pernah mendengar ibu mereka, Sophie (Bello) berbual dengan seseorang di dalam gelap.
Misteri kemunculan entiti tersebut semakin kerap dan Rebecca nekad untuk menyelesaikan persoalan yang timbul dan dalam masa sama menyelamatkan adiknya.
Sejujurnya, penulis bukanlah seorang yang berani menonton filem seram, namun penulis cuba memberi ulasan secara adil buat filem ini.
Tidak dinafikan 'permainan' yang diatur Sandberg berjaya mengundang debaran tersendiri buat penonton.
Bagaimanapun 'keseronokan permainan' Sandberg tidak konsisten; ada ketikanya ia begitu mendebarkan dan ada ketikanya ia sudah boleh dijangka.
Sama ada kekurangan idea untuk mengembangkan filem ini atau kekangan masa untuk memuatkan segalanya dalam masa singkat membuatkan permainan itu menjadi tidak konsisten.
Bagaimanapun ia tidaklah menjadi sebuah filem yang terlalu membosankan.
Cuma nasihat penulis, jangan meletakkan harapan yang cukup tinggi, kerana James Wan hanya bertindak sebagai penerbit filem ini sahaja dan bukannya pengarah.
Namun itu hanya pandangan penulis, sebaiknya anda tonton filem ini sendiri dan rasai sendiri 'permainan' Sandberg.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: