PENYANYI jazz, Noryn Aziz mengakui rindu untuk kembali merakamkan lagu terbaharu. Kali terakhir penyanyi berusia 40 tahun ini merakamkan single adalah menerusi lagu Mutiara dan Tinta Putih pada 2013.
Begitupun, hasratnya itu terpaksa ditangguhkan seketika selepas bergelar ibu kepada Raja Bariq Umar Shah, yang kini berusia dua tahun.
Tambahan pula, isteri kepada Datuk Raja Kamarul Bahrin ini lebih selesa menjaga anaknya sendiri daripada mendapatkan khidmat pembantu rumah.
“Sebenarnya, saya lebih kepada berehat di rumah seterusnya menguruskan rumah tangga.
“Hampir 24 jam masa saya dihabiskan dengan anak saya. Lagipun, dia masih kecil dan sedang lasak, jadi perlu lebih perhatian.
“Saya juga tidak pernah berpisah dengannya dan sebab itu hubungan kami jadi terlalu rapat,” katanya pada Zass.
Rentetan itu, pemilik nama sebenar, Norazmahwati Abdul Aziz ini mengakui pembabitannya dalam dunia seni kini agak terhad.
Atas dasar itu, Noryn lebih selektif dalam memilih persembahan selain sekadar memenuhi undangan bagi meraikan sesuatu majlis.
“Tidak banyak yang boleh dilakukan sekarang. Tunggulah anak besar sedikit. Mungkin dalam tempoh setahun dua lagi.
“Dia umpama ‘shadow of your smile,’ sifatnya itu tidak boleh berenggang.
“Ke mana sahaja saya pergi, dia pasti akan membuntuti saya - tidak kiralah ke dapur, tandas, ruang tamu atau ke mana-mana sahaja,” katanya.
Menganggapnya sebagai satu cabaran, Noryn yakin impiannya itu dapat digapai selepas anaknya semakin membesar.
Bahkan, Noryn membayangkan langkahnya dalam bidang nyanyian kembali terbuka selepas Raja Bariq Umar Shah memulakan sesi prasekolah kelak.
“Oleh kerana sudah lama saya tidak merakamkan lagu, jadi, saya percaya saya perlukan seorang guru untuk tunjuk ajar.
“Lagipun, apabila sudah lama tidak menyanyi, saya perlu ‘brush up’ semula suara saya,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: