SETELAH dua tahun telah ditubuhkan, band AeroPlan sudah bersedia menonjolkan karya dan bakat mereka ke persada hiburan tempatan, sekaligus menambah warna kepada industri.
Dianggotai tiga sekawan iaitu, Mohd Faisal Taufiq sebagai vokalis, Mohd Faizal Azman (gitaris) dan Mahadir Mohamad (bassist), kumpulan ini bersedia untuk terbang tinggi, setaraf band yang sedia ada di negara ini.
Ketua kumpulan ini, Faizal Azman berkata, mereka memilih perkataan aeroplane (kapal terbang) sebagai nama untuk dijadikan inspirasi dalam usaha untuk berjaya dalam industri muzik.
“Kita mahu karya kami didengari serta dikenali oleh peminat muzik tanah air,” katanya Zass.
Biarpun masih baharu, AeroPlan sudah mempunyai peminat tersendiri di negeri pantai timur memandangkan kumpulan ini aktif melakukan persembahan dalam beberapa gig di sana.
Malah, kata Faizal, single pertama mereka, Bukan Siapa-Siapa pernah diputarkan dalam beberapa stesen muzik, dua tahun lalu.
“Alhamdulillah, sambutan terhadap lagu itu sangat menggalakkan dan positif. Majoriti peminat bertanya mengenai lagu baharu kami.
"Kami sudah bersedia untuk sama-sama menyemarakkan muzik tempatan," katanya.
Bukan pesaing
Mengakui kemunculan mereka tidak sama sekali untuk bersaing dengan mana-mana kumpulan sedia ada, kehadiran Aeroplan lebih tepat sebagai mengiringi dan meneruskan langkah sedia ada.
"Setiap kumpulan ada kekuatan masing-masing. Kami yang masih baharu pastinya akan terus meletakkan mereka sebagai mentor kami untuk meraih kejayaan selepas ini.
"Lagi pula, industri seni hiburan hari ini ramai wajah baharu dengan muzik tersendiri dan diterima pendengar," katanya.
Jelasnya, dengan pelbagai respons diterima, Aeroplan mengambil keputusan menerbitkan single kedua mereka yang diberi nama Setia Menanti.
Setia Menanti baru sahaja disiapkan beberapa bulan lalu dan bakal ke udara tidak lama lagi.
Lagu yang ditulis oleh Faizal dan juga pengurus band itu, Zaharah Basir berkisar tentang seorang lelaki dipermainkan oleh teman wanita yang bermain kayu tiga.
“Wanita itu meninggalkan pasangannya kerana jatuh cinta pada lelaki lain dek kerana harta. Namun, wanita itu menerima karma, apabila lelaki itu meninggalkannya.
“Jadi, perempuan berkenaan mahu kembali ke pangkuan bekas teman lelakinya. Malangnya, bekas teman lelakinya tidak lagi mahu menerimanya,” katanya penuh bersemangat.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: