SUNGAI BESAR – Seorang nelayan tidak menyangka, rawai taut yang ditahannya di Sungai Bernam berhampiran Kampung Belia 2, Sungai Panjang mengena seekor ikan tapah gergasi seberat 45 kilogram (kg).
Kamarul Azali Zakaria, 44, yang menetap di Kampung Gertak Tinggi, Sabak Bernam berkata, sepanjang lebih enam tahun menjadi nelayan darat, inilah kali pertama dia dapat tangkap ikan sebesar itu kerana biasanya ikan yang ditangkap menggunakan rawai taut beratnya kurang 10kg.
“Saya anggap tangkapan ini sebagai bonus raya sebab dapat jual ikan ini pada harga hampir RM900,” katanya.
Kamarul Azali yang menjadikan aktiviti memancing dan memasang rawai taut sebagai punca pendapatan berkata, dia tergerak untuk memasang rawai taut itu selepas ternampak kelibat ikan itu di lokasi tersebut.
Mengimbau kembali detik rawai tautnya itu disambar ikan tapah gergasi, Kamarul Azali berkata, dia seperti biasa menaiki bot dari Pangkalan Nelayan Darat, Blok 9 Kampung Belia 2 Sungai Panjang bergerak ke lokasi sekitar jam 9 malam.
“Sebaik sampai, saya lihat tali rawai taut yang dipasang di tempat saya tegang dan bila ditarik terasa berat dan tak sangka rupanya umpan disambar ikan tapah gergasi.
“Berpeluh juga bila nak naikkan tapah ni sebab saiznya besar dan agresif," katanya.
Dia memberitahu, harga pasaran ikan tapah boleh mencapai lebih RM60 sekilogram.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: