Friday, July 29, 2016

Awie Fail Permohonan Pengesahan Poligami



memfailkan permohonan pengesahan poligami berhubung perkahwinannya dengan Rozana Misbun yang diadakan di sebuah kediaman di Songkhla, Thailand pada Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand pada 20 Jun 2005.
SHAH ALAM: Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie memfailkan permohonan pengesahan poligami berhubung perkahwinannya dengan Rozana Misbun yang diadakan di sebuah kediaman di Songkhla, Thailand pada Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand pada 20 Jun 2005.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, membuat permohonan itu dibawah Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor pada 3 Februari lalu.

Penyanyi itu dalam afidavit yang difailkan selaku pemohon memberitahu semasa bernikah dengan responden iaitu Rozana, dia telah mempunyai seorang isteri iaitu, Arni Nazira Anuar dan ketika itu sudah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Puteri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.

Bagaimanapun kata Awie, dia dan Arni telah bercerai pada 16 Oktober 2006 di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang manakala hak penjagaan ke atas kedua-dua anak diserahkan kepadanya atas persetujuan bersama.

Dalam afidavit sama, Awie menjelaskan dia bernikah secara berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan Rozana selain punca perkahwinan itu berlangsung di Songkhla adalah kerana tidak mendapat kebenaran isteri pertamanya.

Awie hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah pada Khamis bagi mendengar sebutan kes berkenaan dihadapan Penolong Pendaftar iaitu Atrasina Mohd Zahrullail.

Penyanyi itu diwakili peguam syarie, Sumaiyah Jamil manakala Nor Azmi Mohd Arif mewakili Rozana.

Sementara itu, Rozana menerusi afidavit balasannya menimbulkan isu tentang kandungan dan dokumen pengesahan pernikahan yang dimasukkan pihak pemohon termasuk nama jurunikah yang berbeza.

Jelasnya, ini disebabkan dalam dokumen catatan keterangan nikah menyatakan mereka dinikahkan di Songkhla oleh jurnikah bernama Hashim Seman.

Manakala pengesahan pernikahan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla bertarikh 3 November 2013 adalah Zakaria Salleh.

Kesilapan tersebut adalah satu kesilapan besar dan responden tidak pasti siapa jurunikah dan wali pada masa tersebut.

Mahkamah dengan itu memerintahkan pihak pemohon melengkapkan dokumen tentang saksi, wali, jurunikah dan pegawai tabir agama yang menjadi pertikaian responden.

Kes itu bersambung pada 6 September depan dengan hanya kehadiran pihak peguam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: