SUATU masa dahulu, nama Nazrey Johani, 45, sangat gah dengan kumpulan nasyid paling popular zaman 1990-an, Raihan.
Pada masa itu, Raihan sangat popular kerana menghasilkan lagu yang cuba mendekatkan masyarakat dengan Islam seperti Syukur, Alhamdulillah, I’tiraf dan lain-lain lagi.
Ketika Raihan berada di puncak kejayaan, Nazrey mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut demi melakukan kerja dakwah yang dicintainya.
Ramai pihak yang cuba memujuknya supaya menarik semula keputusan itu. Namun, selepas memberikan penjelasan, keputusannya dihormati kerana perjuangannya hanyalah untuk dakwah.
“Selepas berhenti, saya terus membuat kertas kerja untuk membina sebuah pusat tahfiz di kampung halaman saya di Ranau, Sabah,” katanya memulakan bicara.
Menurutnya, tujuan dia membina pusat tahfiz tersebut adalah untuk mengajar remaja pelbagai perkara berkaitan Islam seperti membaca dan menghafaz al-Quran serta belajar mengenai perkara fardu ain dan kifayah.
Selesai menyiapkan kertas kerja, dia membentangkannya kepada beberapa pihak berkaitan. Namun, hanya beberapa pihak yang membantunya untuk menjayakan projeknya itu.
“Alhamdulillah, ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu. Kepada yang tidak membantu, saya tidak berkecil hati,” katanya begitu tenang meskipun bantuan awal yang diterimanya tidak mencukupi untuk membina pusat tersebut.
Menyanyi di pasar malam
Disebabkan dana yang diperlukan masih belum mencukupi, Nazrey mengambil inisiatif dengan bernyanyi semula di merata-rata tempat termasuklah di pasar malam.
Mengakui tidak malu untuk menyanyi di pasar malam kerana baginya, semua itu demi menambah dana yang diperlukan.
“Ini mungkin ujian ALLAH SWT kepada saya dalam usaha mengumpul dana. Jadi, ALLAH SWT mahu saya rendahkan ego, iaitu mengumpul dana sambil menghiburkan masyarakat,” katanya.
Berkat kesabaran serta bantuan daripada beberapa sahabat, akhirnya pusat tahfiz yang dinamakan sebagai Maahad Tahfiz Bayu Syahadah berjaya direalisasikan.
Katanya, Bayu Syahadah yang siap sepenuhnya tahun lalu mempunyai sebuah asrama dan sebuah surau.
“Pusat berkenaan mula beroperasi pada penghujung tahun 2015 dan mempunyai 17 pelajar lelaki yang berumur 13 hingga 17 tahun.
“Ada dua guru yang mengajar pelajar di pusat tahfiz ini. Saya bukanlah tenaga pengajar, sebaliknya hanya pengasas kepada pusat tersebut,” katanya.
Pelbagai cabaran
Menurut Nazrey, pelbagai cabaran dihadapinya sejak awal pembinaan pusat tahfiz berkenaan.
Katanya, lokasi Bayu Syahadah dahulunya adalah sebuah hutan belantara. Kos untuk membersihkan hutan tersebut menelan ratusan ribu ringgit.
“Selain itu, kerja-kerja pembinaan pusat ini agak lambat memandangkan kawasan Ranau agak terpencil daripada pusat bandar menyukarkan syarikat kontraktor menghantar bahan pembinaan ke lokasi ini,” katanya.
Beliau berkata, kebanyakan remaja yang belajar di Bayu Syahadah juga adalah pelajar bermasalah dan itu menjadi salah satu cabaran baginya serta tenaga pengajar lain untuk mendisiplinkan mereka.
“Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan lain berjaya mendisiplinkan mereka.
“Untuk belajar di tahfiz ini, saya menerima mana-mana sahaja remaja asalkan remaja itu bukan kaki pukul yang boleh mengganggu rakan-rakan lain,” katanya.
Kini, Nazrey menyasarkan untuk membina tiga lagi asrama, dua rumah guru, sebuah dewan serbaguna dan sebuah perpustakaan dalam beberapa tahun akan datang.
Menurutnya, dia memerlukan peruntukan sekurang-kurangnya RM1 juta bagi membina kesemua bangunan itu.
“Permintaan pihak ibu bapa untuk menempatkan anak mereka di Bayu Syahadah semakin meningkat. Jadi, saya perlu bina lebih banyak infrastruktur untuk memenuhi keperluan penghuni di sini.
“Sekiranya kesemua infrastruktur ini siap, saya sasarkan kira-kira 47 pelajar baharu boleh mendaftar di sini,” katanya.
Masih buat persembahan
Ditanya mengenai karier muziknya, Nazrey masih menerima jemputan daripada pelbagai pihak untuk menjayakan majlis.
Namun ada masanya, dia terpaksa membataskan karier muziknya memandangkan tumpuannya lebih fokus kepada pembangunan Bayu Syahadah.
“Kini, saya menetap di Ranau. Jadi, agak susah untuk selalu turun ke Semenanjung memandangkan saya perlu menghabiskan lebih masa saya di Bayu Syahadah.
“Tetapi saya tidak tahu perancangan ALLAH SWT kepada saya.
“Kita tengoklah nanti pada masa hadapan,” katanya yang akan turut serta dalam program Jelajah Kembara Cinta 2016 yang akan berlangsung di Pusat Islam, Kuala Lumpur, esok.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: