INDIANAPOLIS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki sengaja menembak diri sendiri di pipinya hanya kerana berasa ingin melakukannya.
Kasper Knight, seorang penyanyi rap yang lebih dikenali sebagai Kasper Tha Phantom, berkata dia melakukan aksi terlampau itu untuk sebuah muzik video.
Walaupun lelaki itu dilihat dalam kesakitan ketika dia memengang pipinya dan meludah sebaik menembak diri sendiri Knight berkata, dia pernah melalukan perkara demikian beberapa kali sebelum ini dan luka itu hanya 4 daripada 10 skala kesakitan.
Dengan bersenjatakan pistol dan sebuah telefon bimbit, Knight merakamkan sendiri aksi dia melepaskan tembakan melalui pipi kanan di tempat duduk belakang kereta.
Video berkenaan dimuat naik pada 22 Julai lalu dan mula viral di internet dengan berjuta-juta tontonan namun dia dikritik dan diejek pelayar dengan tindakannya itu.
Knight memuat naik video berkenaan selepas telefon dikembalikan kepadanya dan menulis dia mahu menembak diri sendiri untuk sebuah muzik video namun tiada siapa mahu merakamkannya.
"Jadi saya melakukannya sendiri ketika saya merasakan mahu menembak di muka," tulisnya.
"Bagaimanapun ia tidak ada apa-apa. Saya telah menembak beberapa kali sebelum ini dan in adalah seperti 4 daripada 10 skala kesakitan," katanya
Walaupun penonton mengutuk tindakan Knight yang menembak diri sendiri hanya untuk keseronokan yang kemudian memuatnaik di internet, namun  tidak dipedulikannya dan berkata, dia tidak perlu memikirkan apa yang orang lain katakan terhadapanya.