ALOR GAJAH - Sebuah pondok tol di Plaza Tol Ayer Keroh yang baru siap dibina dan belum sempat digunakan apabila dirempuh lori pada 8 Julai lalu, roboh semula selepas bergesel dengan treler, hari ini.
Difahamkan, treler berkenaan bagaimanapun tidak berhenti dan meneruskan perjalanan selepas bahagian belakang kenderaan yang membawa muatan tanah liat itu bergesel dengan pondok di lorong K10 di dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi.
Menurut sumber muatan dibawa treler jenis Scania itu melebar tanpa disedari pemandu yang kemudian ditahan anggota polis Unit Peronda Lebuh Raya (EMPV) kira-kira tiga jam kemudian.
"Treler dipandu lelaki berusia 44 tahun dari arah lebuh raya memasuki Tol Plaza Ayer Keroh sebelum pondok itu rosak apabila bergesel dengan bahagian kiri belakang treler terbabit.
"Pemandu yang mendakwa tidak perasan kejadian itu keluar semula dari negeri ini selepas selesai urusan namun dia kemudian ditahan di Tol Sedenak kira-kira jam 9.30 pagi," katanya di sini.
Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, treler berkenaan akan dihantar di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk pemeriksaan lanjut.
"Selain itu, ujian saringan urin atau alkohol juga turut dilakukan terhadap pemandu namun insiden kali ini tidak membabitkan sebarang kecederaan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya," katanya ketika dihubungi di sini.
Sementara itu, pada 9 Julai lalu Sinar Harian melaporkan, dua pondok tol di plaza tol sama dirempuh sebuah lori lapan tan mengakibatkan seorang jurutol yang bertugas di situ, cedera.
Dalam kejadian kira-kira 6.55 pagi itu, lori yang dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun dari Kuala Lumpur dikatakan masuk ke arah plaza tol berkenaan dan hilang kawalan, lalu merempuh dua pondok tol di situ.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: