CILACAP - Indonesia menolak rayuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) untuk menghentikan pelaksanaan hukuman mati 14 pesalah dadah, selepas spekulasi mereka bakal berdepan skuad penembak tersebar.
Kumpulan banduan termasuk warga asing dari Nigeria, Pakistan, India, Zimbabwe dan rakyat tempatan telah ditempatkan di penjara NusaKambangan, dekat Jawa Tengah, di mana hukuman mati biasa dijalankan.
Pihak berkuasa telah meningkatkan persediaan dengan kehadiran ambulans membawa keranda ke pulau Nusakambangan.
Sementara itu, Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Arrmanatha Nasir tetap mempertahankan hukuman mati dan menyifatkannya sebagai penguatkuasaan undang-undang tulen.
"Saya perlu menekankan bahawa semua proses undang-undang banduan telah selesai. Semua hak mereka telah dipenuhi. Kami menyasarkan pengedar dadah dan bukannya penagih," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: