LAMAN Instagram peribadi milik selebriti popular, Rozita Che Wan terus mencuri tumpuan masyarakat.
Tidak sekadar merakamkan momen peribadi mengenai keluarga dan perniagaannya, ia juga dipenuhi gaya comel dan aksi lincah puteri tunggalnya, Aaisyah Dhia Rana.
Lebih menarik, Aaisyah yang berusia 18 bulan sangat pandai bergaya di hadapan kamera sambil mengenakan kaca mata serta beg tangan mewah. Pendek kata, kalah super model terkenal!
Berbicara mengenai keletah anaknya itu, Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mengakui Aaisyah sememangnya suka bergaya.
Bahkan, katanya, Aaisyah juga lebih teruja apabila dibawa mengunjungi kedai beg tangan berbanding kedai permainan.
“Aaisyah memang suka bergaya, sebab itu ramai yang nak ambil gambar. Dia juga suka kasut bertumit dan hanya mahu berjalan.
“Lagi satu, dia kalau masuk kedai mainan ‘macam tikus tengok besi’. Tengok sahaja. Tak tahu nak buat apa. Dia tak suka dan tak ada mainan.
“Tetapi, apabila masuk kedai beg, dia tengok macam, ‘mana satu aku nak beli’. Kalau dia dapat beg tangan dan kasut, itu cukup dah,” katanya kepada media ketika ditemui selepas pelancaran pelantikan Aaisyah sebagai duta produk, Mini Me, baru-baru ini.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon, Zain Saidin ini memberitahu, Aaisyah juga gemar menari dan menyanyi.
Rentetan itu, pelakon drama bersiri Kak Marr ini berhasrat untuk menghantar anaknya itu ke sekolah bermula Ogos ini.
Katanya, sekolah berkonsepkan ‘playschool’ itu akan membolehkan anaknya berinteraksi dan bergaul dengan kanak-kanak sebaya.
“Dia dah pandai bercakap, contohnya Selamat Hari Raya, mummy, daddy, kasut, beg, baca ABC dan sebut nombor 1 hingga 10.
“Saya juga bertutur dengan jelas pada Aaisyah, sebab itu dia tak pelat.
“Tapi yang paling dia suka ialah menari dan menyanyi lagu Sakitnya Tuh Di Sini. Sebelum tidur pun, dia siap menyanyi lagu Twinkle Little Star.
“Selepas ini, mana yang dia tidak sempat menyanyi, boleh cikgunya ajarkan,” katanya.
Pun begitu, Che Ta mengakui tidak mahu mendedahkan anaknya dengan permainan gajet kerana dikhuatiri akan menjejaskan penglihatannya apabila dewasa kelak.
“Saya tak ajar dia menggunakan gajet seperti telefon pintar atau iPad.
“Selalunya, apabila sudah terbiasa dengan barangan seperti ini, kanak-kanak akan ketagih,” katanya.
Tolak lebih 10 tawaran
Dek populariti yang dimiliki juga menyebabkan Aaisyah dipilih menjadi duta rangkaian produk mandian organik bayi dan kanak-kanak, Mini Me, selama setahun.
Menganggapnya sebagai rezeki, kata Che Ta, tawaran itu diterima berikutan tidak perlu memenuhi pelbagai komitmen ditetapkan.
“Jujurnya, saya ambil masa empat bulan untuk membuat keputusan. Itu pun selepas melihat dan meneliti beberapa perkara.
“Saya difahamkan, Mini Me hanya mengatur tiga kali aktiviti untuk Aaisyah. Saya tidak mahu komitmen produk yang terlalu padat kerana ia akan membebankan anak saya.
“Tetapi, sebelum itu, saya ada cuba dahulu produk ini sebab tidak mahu bersikap tangkap muat. Apa yang saya lihat, tidak hanya kanak-kanak, produk ini juga sesuai buat seisi keluarga,” katanya.
Tambah selebriti berusia 44 tahun ini lagi, pelantikan anaknya itu sebagai duta adalah yang pertama untuk tahun ini selepas beberapa produk tahun lalu.
“Sejak lahir, Aaisyah menerima pelbagai tawaran untuk menjadi duta.
“Sebenarnya, saya terpaksa menolak lebih 10 tawaran daripada beberapa produk antarabangsa dan tempatan dalam tempoh setahun ini.
“Saya tidak boleh main ambil sahaja, sebaliknya perlu teliti pelbagai perkara terlebih dahulu. Saya sangat menitikberatkan soal komitmen produk, jadual kerja selain bayaran.
“Jika semuanya ‘kena’, saya anggap ia rezeki anak saya,” katanya yang menyimpan semua wang yang diperoleh Aaisyah menerusi akaun peribadi kanak-kanak tersebut demi masa depannya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: