SHAH ALAM – Hampir 10 bulan melalui proses pembelian, pemindahan, konservasi dan pemasangan semula dilakukan akhirnya rumah tradisional Bugis yang berusia lebih 100 tahun berjaya dibawa dan ditempatkan di sebuah tapak di pekarangan Muzium Sultan Alam Shah di sini.
Rumah tradisional yang asalnya dimiliki moyang kepada Zainal Mohd Taib yang merupakan Tok Sidang pertama di Kampung Permatang, Kuala Selangor berjaya dibawa kontraktor yang dilantik Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) ke tapak itu sejak dua bulan lalu.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, kronologi pembelian rumah ini bermula pada tahun 2011 apabila pihak Padat dimaklumkan bahawa rumah berkenaan bakal dirobohkan bagi mendirikan rumah mampu milik kepada pemilik rumah tersebut yang juga merupakan generasi keempat keluarga Tok Sidang.
“Melihat kepada nilai dan seni bina Bugis yang dimiliki pada rumah berkenaan, Padat telah mengambil keputusan untuk membeli, memulihara dan memindahkan rumah itu ke tapak baru di sini.
“Pembelian ini bertepatan dengan peranan Padat yang bertanggungjawab untuk memelihara warisan seni bina rumah ini yang masih mengekalkan beberapa ciri seni bina rumah tradisional Bugis,” katanya pada majlis penyerahan kunci rumah Bugis oleh kontraktor kepada Padat, di pekarangan Muzium Sultan Alam Shah, di sini semalam.
Beliau yang juga Adun Sijangkang berkata, pengekalan dan pemindahan rumah tradisional Bugis ini merupakan kali pertama dilakukan Kerajaan Selangor.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Housing, Building dan Planning, USM, Prof Dr Abdul Ghafar Ahmad yang terlibat dalam konservasi rumah berkenaan berkata, kos keseluruhan bagi membaik pulih dan sebagainya rumah itu membabitkan RM400,000.
“Nilai kesenian rumah ini terletak pada ciri-ciri seni bina lama yang dimiliki iaitu penggunaan atap rumbia pada bumbungnya.
“Bagi memudahkan proses penyelenggaraan bumbung, atap rumbia telah digantikan dengan atap ‘shingle’.
“Ciri-ciri seni bina lain adalah tebar layar yang dapat dilihat pada bumbung, ia merupakan pengaruh utama kesenian Bugis,” katanya.
Lebih menarik, katanya, rumah berkenaan langsung tidak menggunakan paku sebaliknya menggunakan kayu bagi penyambungan antara kayu dan juga tiang.
Generasi keempat pemilik rumah Bugis itu, Mohd Daud Zainal,62, dan Roslan Zainal, 52, berkata, sekurang-kurangnya memori ketika mereka dilahirkan dan dibesarkan di rumah itu masih terjaga dan terpelihara.
“Kami gembira apabila rumah warisan ini dibaik pulih kerajaan negeri dan nampak cantik selain keasliannya berjaya dikekalkan,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: