RAJA Pecut baharu negara, Khairul Hafiz Jantan terus gah di Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 di sini, apabila berjaya memecahkan rekod kejohanan keempat dalam tempoh tiga hari.
Gandingan Khairul Hafiz bersama-sama Badrul Hisyam Abdul Manap, Mohamad Emyrul Haziq Borhan dan Muhammad Azam Masri dalam acara 4x400 meter berganti-ganti membantu Melaka meraih emas kelima dalam acara olahraga dengan masa 3:12.66 saat.
Catatan itu sekali gus mengatasi rekod lama Sukma milik Terengganu iaitu 3:15.34 saat yang dilakukan pada edisi 2010 di Melaka.
"Ini kali pertama saya dan Badrul Hisyam masuk acara 4x400m, dan kami berjaya memecahkan rekod Sukma," kata Khairul Hafiz ketika ditemui di Stadium Sarawak hari ini, yang merupakan hari terakhir acara olahraga Sukma ke-18.
Badrul Hisyam pula gembira kontinjen olahraga Melaka berjaya melepasi sasaran empat pingat emas, selepas meraih emas kelima dalam acara tersebut.
Dua hari lalu, Khairul Hafiz berjaya memecahkan rekod 100m kebangsaan milik Watson Nyambek iaitu 10.30s yang dicatatkan pada 1998, selepas mencatat 10.18s untuk meraih pingat emas.
Beliau kemudian memadamkan rekod kejohanan acara 200 meter berusia 14 tahun milik Nazmizan Mohammed dari Terengganu iaitu 21.33 saat yang dibuat pada Sukma 2002 di Sabah, selepas mencatat 21.14 saat di separuh akhir acara itu semalam, sebelum memperbaharuinya hari ini dengan masa 21.03 saat.
Pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) berusia 18 tahun itu kemudian berganding dengan Badrul Hisyam, Asnawi Hasyim dan Muhammad Azam Masri meleburkan satu lagi rekod kejohanan dalam acara 4x100m berganti-ganti selepas mencatat 39.89 saat, berbanding rekod terdahulu, 41.04s milik gandingan Sabah.
Sementara itu, pingat emas acara 4x400m wanita menjadi milik kuartet Perak yang dibarisi V Jocelyn Samson, Saidatul Izzati Suhaimi, Kang Woan Yi dan V Sheeren Samson, dengan masa 3:53.41 saat, meninggalkan Terengganu (4:01.93 saat) di tempat kedua dan Sabah meraih gangsa dengan catatan 4:08.27 saat.
Atlet kebangsaan, Noor Shahidatun Nadia Mohammad Zuki dari Kedah pula berjaya meraih emas kelima dalam penyertaan keempat di Sukma, selepas melakukan lompatan sejauh 6.10 meter dalam acara lompat jauh wanita.
Pingat perak milik juara Kejohanan Olahraga Remaja Asia, R. Kirthana yang mewakili Perak selepas melakukan lompatan sejauh 5.86 meter, manakala peserta tuan rumah, Mandy Goh Li terpaksa berpuas hati dengan gangsa dengan lompatan sejauh
5.49 meter.
Dalam pada itu, Perak muncul juara keseluruhan acara olahraga Sukma edisi kali ini, selepas meraih enam pingat emas, sembilan perak dan lima gangsa, manakala tuan rumah Sarawak di tempat kedua denga 5-5-8, diikuti Sabah (5-3-7), Negeri Sembilan (5-3-6) dan Melaka (5-0-2).

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: