KEBELAKANGAN ini, terdapat beberapa trend baharu mengambil gambar atau video dari sudut jauh atau tinggi, kelihatan seperti mengambil gambar dari langit.
Ia menjadi ikutan dan tarikan golongan muda khususnya penggemar teknologi baharu yang sentiasa mahukan sesuatu yang terkini.
Ia juga boleh didapati dengan mudah dan harga yang berpatutan sama ada di kedai-kedai mahupun secara atas talian (online).
Itulah fungsi alat yang diberi nama drone, pesawat kawalan jauh yang mana secara rasmi dikenali sebagai kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).
Pada asasnya, drone adalah robot terbang. Pesawat itu dikawal dari jarak jauh atau boleh terbang secara autonomi melalui sistem perisian kawalan penerbangan yang bekerjasama dengan GPS.
Bagaimanapun, UAV dahulunya sering dikaitkan dengan tentera tetapi mereka juga menggunakan drone untuk mencari dan menyelamat, pengawasan, pemantauan trafik, pemantauan cuaca dan memadam kebakaran.
Seperti seorang juruterbang
Amirul Aizad Amiruddin, 21, berkata, dia sangat meminati drone kerana ia menjanjikan kepuasan seperti seorang juruterbang.
"Kerana minat, saya pernah mempunyai 30 unit drone yang saya kumpul sejak tahun lalu tetapi kini saya hanya mempunyai dua drone kerana selebihnya dijual kepada rakan-rakan yang inginkan drone terpakai.
"Kebanyakan drone saya beli di sekitar Kuala Lumpur dan ada juga yang dari China," katanya yang juga turut menjual drone secara online menerusi Quadtech Official.
Seorang lagi peminat drone, Sofyan Rizal Ishak berkata, dia membeli drone selepas melihat orang lain membelinya.
"Saya beli sebab tengok orang lain beli, tengok macam seronok pula main lagipun harganya murah.
"Saya beli di Nanning, China, kebetulan ada kerja di sana, dengan harga RM150 seunit," katanya.
Menurutnya, walaupun masih baru dan tidak pernah menggunakan drone sebelum ini tetapi dia mengakui ianya senang digunakan.
Katanya, dia biasanya hanya menggunakan drone untuk bermain bersama anaknya di kawasan lapang mahupun di kampung untuk suka-suka.
Pelajar, Nur Amalina Kamarulzaman, 21, pula berkata, dia mula membeli drone selepas melihat rakan-rakan lain memilikinya.
Dek kerana terpengaruh, dia akhirnya membeli drone bersaiz kecil dengan harga RM130 kerana turut mahu merasai pengalaman bermain drone.
Syamim menunjukkan antara jenis drone yang dijualnya. Gambar kanan: Amirul menunjukkan antara drone miliknya.
"Drone ini buat kita rasa gian dan mahu terus main.
"Bagi saya memang senang main drone ini berbanding helikopter kawalan jauh yang pernah popular dahulu dan saya rasa semua orang boleh main," katanya yang sering bermain drone di Dataran Shah Alam.
Menurutnya, dia juga merancang untuk membeli drone yang lebih besar jika mempunyai wang yang mencukupi kelak.
Mula sebagai dropship
Penjual drone menerusi laman sosial Instagram, DroneKlang, Syamim Haikal Mat Wahid, 22, berkata, dia mula berkecimpung dalam perniagaan drone ini selepas melihat potensi pasaran yang luas dan permintaan yang tinggi.
Sebelum melibatkan diri dengan menjual drone, Syamim merupakan antara peminat drone dan kini mempunyai beberapa jenis drone.
Menurutnya, dahulu dia merupakan penggemar permainan helikopter kawalan jauh dan kini selepas trend drone berleluasa di pasaran tempatan dia mula beralih.
Katanya, drone jauh lebih murah dan berpatutan serta boleh dikawal dengan mudah oleh sesiapa sahaja.
"Melihat trend yang semakin luas ini, saya mula menjual drone secara dropship sebelum berniaga sendiri dengan modal permulaan yang rendah sebanyak RM700.
"Saya harap trend drone akan kekal lama di dalam pasaran kerana jualannya sangat menggalakkan kebelakangan ini.
"Dalam tempoh dua hari, saya telah menjual sehingga lima unit drone, baru-baru ini," katanya.
Syamim berkata, dia menjual drone dengan harga yang berpatutan dalam pasaran di antara RM100 sehingga RM1,000 mengikut model.
Menurutnya, drone hanya mempunyai satu jenis tetapi banyak model, antaranya drone dengan WiFi, drone dengan kamera video dan drone untuk perlumbaan.
Mengulas lanjut berhubung kegunaan drone, Syamim berkata, biasanya drone digunakan untuk merakamkan video bagi majlis perkahwinan, pertandingan mahupun bermain setakat suka-suka.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: