Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz, 26, berkata, sesebuah program yang sudah mempunyai pengikut tersendiri memerlukan masa untuk menerima sesuatu perubahan termasuk apabila berlaku perubahan penyampai radio.
"Kritikan itu perkara biasa bagi saya kerana sebelum ini saya pernah dikritik lebih teruk ketika mengacarakan program Melodi.
"Pada pandangan saya, jika sesebuah program itu sudah mempunyai pengikut selain peminat sudah terbiasa dengan pengacara atau penyampai terdahulu, jadi mereka perlu masa untuk terima perubahan orang baru," ujarnya.
Zulin bergandingan dengan Fizi dan Halim Othman menerusi segmen Ceria Pagi Suria bermula 1 Julai lalu.
Selain itu, Zulin berpendapat, kebanyakan pendengar yang sukar menerima kehadirannya menerusi segmen berkenaan berkemungkinan daripada kelompok peminat penyampai terdahulu.
Zulin bergandingan dengan Fizi dan Halim Othman menerusi segmen Ceria Pagi Suria bermula 1 Julai lalu.
"Saya rasa bagi pendengar tiada masalah untuk terima orang baru macam kami kerana format dan pengisian masih sama cuma penyampai sahaja berbeza.
"Biasanya yang sukar terima ialah peminat kepada penyampai lama, tidak mengapa kalau mereka tidak suka. Kami juga ada pengikut yang suka dan secara tidak langsung menjadi pendengar baharu di Suria FM," ujarnya.
Dalam pada itu, Zulin berkata, dia semakin mendapat keserasian dalam mengendalikan segmen pagi tersebut setelah hampir tiga minggu bersiaran bersama Halim dan Fizi.
"Alhamudlillah, sudah tiga minggu ini semakin selesa dan keserasian semakin bagus, kami tidak ambil masa lama untuk serasi kerana masing-masing sudah lama kenal.
"Cuma sekarang saya perlu biasakan diri untuk bangun pagi dan bertahan sampai pukul 10 pagi sahaja kerana memang sangat mengantuk ketika di dalam konti," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Zulin berkata, buat masa ini dia memperlahankan karier lakonan dan pengacaraan bagi memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai penyampai Suria FM.
Bagaimanapun dia mengosongkan jadual kerja pada Sabtu dan Ahad bagi memberi laluan kepada komitmen lain.
"Buat masa ini tumpuan saya sebagai penyampai radio kerana perlu membiasakan diri dan sekiranya ada tawaran lain saya hanya ambil pada hujung minggu sahaja.
"Kalau hari biasa memang saya tidak ambil kerana takut tidak termampu untuk melunaskan tanggungjawab diberikan kerana keletihan perlu bangun awal," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: