JOHOR BAHRU - Masalah penglihatan yang dialami sejak lahir tidak mematahkan semangat Norhidayah Mohd Yusoff, 22, untuk berjaya, sekali gus menerima Anugerah Khas Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) sempena Majlis Konvokesyen Kali ke-16, semalam.
Anak pasangan penoreh getah dan peniaga yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan itu berkata, dia sentiasa berpegang kepada motto ‘al-Quran cahaya kehidupan’ sebagai pendorong mencapai kejayaan dalam pelajaran.
Pelajar lulusan Diploma Tahfiz Al-Quran Wa Al-Qiraat itu berkata, dia tidak menyangka usahanya membuahkan hasil memberangsangkan dan bercita-cita untuk menjadi guru pada masa akan datang.
“Saya belajar dengan menggunakan Braille dan bantuan rakan yang sentiasa menyokong saya.
“Alhamdulillah usaha saya membuahkan hasil dan ini juga adalah hadiah buat kedua orang tua saya yang tak putus memberi semangat kepada saya untuk meneruskan pelajaran,” katanya.
Sementara itu, Penerima Anugerah Menteri Besar Johor, Rasyidah Rahmat Teo, 22, turut berkongsi rasa teruja menerima anugerah berkenaan, sekali gus menjadi pendorong untuknya terus mendalami ilmu pengajian Islam.
Pelajar Diploma Syariah Islamiah itu berkata, dia bercita-cita menjadi pensyarah dan merancang melanjutkan pengajian ke Jambi, Indonesia di peringkat Ijazah Syariah selepas ini.
“Sebelum ini banyak cabaran yang perlu lalui terutamanya dari segi pengurusan masa kerana saya turut terbabit dalam jawatankuasa Majlis Perwakilan Mahasiswa dan persatuan lain.
“Anugerah ini menjadi pemangkin kepada saya untuk terus berjaya dan mencapai cita-cita sebagai pensyarah,” katanya.
Terdahulu, pada majlis konvokesyen itu seramai 155 graduan Marsah dalam pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran Wa Al-Qiraat, Diploma Usuluddin, Diploma Syariah Islamiah, Diploma Pendidikan Islam dan Sijil Kemahiran Bahasa Arab menerima diploma dan sijil pengajian masing-masing.
Majlis itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim sebagai wakil rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: