PETALING JAYA: Pelakon Julia Ziegler memberitahu teman lelakinya ada membaca laporan yang ditulis di internet termasuk cerita-cerita gosip dan kontroversi mengenai dirinya.
Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 32, berkata, lelaki yang dikenali sebagai Johan itu berbuat demikian kerana ingin mengikuti perkembangan kariernya selain ia sebagai cara untuk lebih memahami tentang dirinya sebagai seorang selebriti.
"Sebagai teman lelaki sudah tentu dia ada membaca cerita sama ada baik atau pun buruk mengenai saya di internet.
"Bagaimanapun dia bukan seorang cepat mempercayai sesuatu perkara dan akan bertanya dengan saya sekiranya ada perkara yang dia musykil," katanya.
Dalam pada itu, Julia berkata, dia juga tidak bimbang apabila Johan mula membuat carian tentang dirinya di internet kerana tiada apa yang perlu disorokkan kepada bakal suaminya itu."Sebagai teman lelaki sudah tentu dia ada membaca cerita sama ada baik atau pun buruk mengenai saya di internet.
"Bagaimanapun dia bukan seorang cepat mempercayai sesuatu perkara dan akan bertanya dengan saya sekiranya ada perkara yang dia musykil," katanya.
"Saya seorang yang suka berterus terang dan jika dia bertanya tentang sesuatu perkara saya akan bersikap jujur kerana itu adalah kunci dalam sesebuah hubungan.
"Saya juga bertuah kerana teman lelaki jenis memahami kerjaya saya sebagai pelakon malah sering menonton drama atau filem lakonan saya," jelasnya.
Sementara itu, bercakap lanjut mengenai hubungannya dengan jurutera mekanikal itu, Julia berkata mereka merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan.
Bagaimanapun katanya, persiapan untuk majlis berkenaan masih belum dibuat kerana ia masih dalam peringkat perbincangan.
"Saya dan bakal suami sepakat untuk mengadakan sebuah majlis sederhana dan paling penting melaksanakan yang wajib.
"Masih terlalu awal untuk bercakap mengenai persiapan namun saya sudah pun menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ini," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: