BACHOK – Kelahiran seekor anak lembu yang tidak cukup sifat dengan hanya berkaki tiga dianggap sesuatu yang istimewa dan unik buat seorang buruh yang memeliharanya.
Roslan Mohamad, 48, berkata, selain anak lembu yang dilahirkan pada tengahari Jumaat beberapa minggu lalu itu, dia turut memelihara beberapa lagi ekor lembu.
“Saya tak pernah rujuk anak lembu kaki tiga ini ke pejabat haiwan sebab ia nampak sihat bersama ibunya. Kakinya yang pendek itu hanya beberapa sentimeter sahaja selain mulutnya ada sumbing sedikit.
“Saya tak pernah tengok keadaan anak lembu begini. Tapi, ia tak bagi masalah... saya akan peliharanya sampai dewasa,” katanya.
Roslan berkata, semenjak kelahiran anak lembu tersebut, beberapa rakannya agak teruja dengan mengambil gambar lembu itu untuk disebarkan dalam Facebook.
"Disebabkan itu, beberapa penduduk dari kampung lain datang untuk melihat keadaan anak lembu saya ni," katanya.
Roslan yang bekerja di kilang memproses tembakau menjadikan aktiviti menternak lembu sebagai aktiviti sambilan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: