BERSESUAIAN dengan tema Syawal Astro tahun ini, Berikan Waktu, Juita Viden Sdn Bhd membawakan sebuah telefilem, Sedikit Waktu.
Telefilem arahan Kabir Bhatia ini menampilkan gandingan suami isteri, Farid Kamil dan Diana Danielle.
Bakal bersiaran 3 Julai ini jam 9.30 malam menerusi saluran Astro Ria, Ria HD dan Astro Gempak, telefilem bergenre drama kekeluargaan ini turut menampilkan Fikry Kiki dan Hafizuddin Fadzil.
Menurut penerbit eksekutif yang juga penulis skrip dan lakon layar, Anwari Ashraf, kisah telefilem ini merupakan idea kawan sekerjanya, Nik Naemah Nik Maher.
Katanya, idea telefilem ini berdasarkan tema berikan waktu.
"Kebetulan saya baru bergelar bapa dan saya serta Naemah terfikir, jika kami sebagai ibu atau bapa atau anak, apa perkara yang paling kami bimbangkan mengenai orang tua dan anak kami.
"Jadi dari situ kami kembangkan penceritaan untuk disesuaikan dengan tema Astro sempena Syawal tahun ini iaitu Berikan Waktu," katanya kepada Zass.
Tambah Anwari, biarpun bertindak selaku lakon layar, perbincangan bersama Kabir dibuat secara sepakat dan dia turut memberikan kebenaran dan kebebasan kepada pengarah terkenal itu andai ada perubahan di set penggambaran.
"Sehari sebelum penggambaran, saya dan Kabir ada berjumpa dan berbincang mengenai skrip dan sebagainya.
"Sebenarnya sangat mudah bekerja dengan Kabir, walaupun dia tegas tapi dia fleksibel. Dalam masa yang sama dia tahu apa yang dia mahu.
"Jadi kita berbincang, andai saya setuju dengan cadangannya, kami teruskan, andai ada cadangan dia yang dipersetujui, kami akan ikut.
"Jadi kami tak banyak pertikaian mengenai jalan cerita dan jika ada perbincangan di set pun, ia tidak terlalu banyak," katanya.
Sedikit Waktu mengisahkan Aidin yang berusia 8 tahun pergi bertemu atuknya, Abdullah setelah berasa kesunyian kerana ibu bapanya, Amal dan Liza sentiasa sibuk sehingga jarang meluangkan masa bersamanya.
Setelah menyedari kehilangan Aidin, Amal dan Liza mula menyalahkan satu sama lain atas kelalaian dalam memikul tanggungjawab.
Apabila mereka ingin membuat laporan polis tentang kehilangan Aidin, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon dari rumah kebajikan orang tua mengenai kehilangan Abdullah.
Barulah Amal sedar bahawa dia sudah lama tidak berikan masa buat ayahnya. Sementara itu, Aidin yang telah bersama dengan atuknya, kini dalam perjalanan ke sebuah tempat bagi mengubati kerinduan mereka.
Ditanya harapannya mengenai telefilem ini, Anwari berkata, dia berharap ia akan menepati tema dan kehendak Astro.
Dalam masa yang sama, ia juga menepati selera penonton tanpa dilihat sebagai sebuah naskhah yang gagal menyampaikan mesej penting buat penonton.
"Saya cuma berharap mereka dapat tonton, faham dan mengambil mesej berguna di dalam telefilem ini," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: