KAJANG – Ma’ahad Tahfiz Akademi Iqro’ Al-Quran (Matiq) memerlukan dana sebanyak RM10 juta bagi pembinaan kompleks pendidikan baharu menggantikan bangunan lama di Kampung Sungai Merab Jaya, di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Dana dan Pembangunan Matiq, Hasanul Balqiah Muhammad berkata, terdapat banyak kekurangan kemudahan infrastruktur di institusi pendidikan agama itu.
Katanya, selain kelas tidak mencukupi, bangunan asrama dan kemudahan lain yang ada dibina dengan papan sudah kelihatan uzur dan perlu diganti baharu.
Disebabkan kekurangan kelas katanya, pelajar terpaksa menimba ilmu di kantin usang.
“Bila kelas tak cukup, kantin dijadikan tempat belajar, kadangkala apabila hujan lebat dan angin kuat ia tempias terkena pelajar.
"Kami memerlukan dana untuk tujuan membeli tanah bernilai RM2.4 juta, pembangunan kompleks dianggarkan RM4.5 juta, pembangunan pendidikan RM2 juta dan kemudahan infra RM1.1 juta," katanya.
Kini terdapat 160 pelajar lelaki dan perempuan di maahad yang turut menawarkan pendidikan akademik kepada penuntutnya.
Hasanul berkata, pelajarnya yang menuntut ilmu hafazan, kelas agama fardu ain, diniyyah dan akademik sekular datang daripada pelbagai golongan termasuk anak yatim, fakir miskin dan juga anak-anak daripada keluarga tidak berkemampuan.
“Wang yuran pun tak mampu tanggung kos bulanan, ada pelajar miskin yang bayar ikut kemampuan, jadi kita belum dapat kumpul dana untuk bina bangunan baru,” katanya.
Meskipun ia institusi tahfiz persendirian, namun pihaknya mendapat kebenaran untuk kutipan wakaf daripada individu dan korporat serta menerima tauliah pelantikan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Sumbangan boleh disalur melalui akaun Maybank Islamic atas nama Tabung Pembinaan Kompleks Matiq di nombor akaun 562254508894.
Keterangan lanjut hubungi Pengerusi Matiq, Sharullah Saidon (019-2409651) atau Hasanah (011-32300990).

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: