
Sebahagian murid SK Tok Sira bersama guru dan wakil Yeo’s bergambar selepas program selesai.
KUANTAN – Bukan sahaja sedap, malah Yeo’s Yeogurt merupakan minuman kesihatan untuk perut dan sistem penghadaman sesuai untuk semua peringkat usia.
Sehubungan itu, Yeo’s mengambil inisiatif memberi kesedaran mengenai kepentingan dalam penjagaan usus kepada murid-murid tahap dua Sekolah Kebangsaan Tok Sera sempena program Siri Jelajah Perut Sihat Bersama Yeo’s Yeogurt bersama Sinar Harian.
Seramai 430 murid sekolah ini diberi pendedahan mengenai kepentingan menjaga usus dan amalan gaya hidup sihat setiap hari dengan sekotak minuman Yeo’s Yeogurt.
Guru Besar Sk Tok Sera, Mat Yunus Yusof berkata, program seumpama ini sangat dialu-alukan oleh pihak sekolah dalam usaha menyampaikan mesej kesihatan kepada murid-murid.
Menurutnya, ilmu yang lebih berkesan dengan pendekatan yang santai mampu memberikan maklumat kesihatan ini secara terus kepada murid-murid.
“Kita lihat pelbagai variasi dalam pilihan makanan dan minuman di pasaran. Ada yang mementingkan aspek keuntungan dan ada juga yang lebih kepada penjagaan kesihatan.
“Tanpa pengetahuan yang cukup, mereka mungkin akan memilih makanan dan minuman yang sedap semata-mata tetapi tidak baik untuk kesihatan.
“Melalui program seumpama ini, kita dapat menjana pengetahuan murid dan guru mengenai kepentingan sistem penghadaman,” katanya.
Sementara itu, Ranjer Sekolah Yeo’s Pantai Timur, Wan Nur Ayni Wan Hilmi berkata, sesi perkongsian dan fokus dalam menyebarkan amalan menjaga perut dan kebaikan ada dalam minuman Yeo’s Yeogurt.
“Yeo’s Yeogurt mengandungi susu dan asid laktik yang amat membantu dalam kelancaran sistem penghadaman.
“Program ini diselang-selikan dengan ‘Kuiz Siapa Cepat’ yang menguji minda dalam memberi jawapan yang tepat dan pantas.
“Secara tidak langsung, ia dapat mengatasi rasa malu dan takut murid-murid ini untuk tampil ke depan,” katanya ketika ditemui di program tersebut di sini.
Program yang berlangsung selama sejam itu mendapat sambutan daripada murid-murid serta guru.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: