Thursday, October 8, 2015

Rumah diserang ribuan ulat bulu



Rumah diserang ribuan ulat bulu
Md Zulkifli (kiri), Arniniyati (dua, kiri), Jamrah (tiga, kiri) dan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah dan Komuniti Combi Felda Lurah Bilut meninjau kawasan yang menjadi tempat pembiakan ulat bulu terbabit.
BENTONG - Seorang penduduk di Felda Lurah Bilut terkejut apabila rumahnya diserang ribuan ulat bulu sejak minggu lalu.

Ulat bulu terbabit dikatakan berpunca dari tapak perumahan kosong yang terbiar sekali gus menjadi lokasi pembiakan serangga tersebut.

Bimbang sekiranya ulat bulu terbabit memudaratkan orang ramai, penduduk, Jamrah Saleh, 48, kemudiannya mengadu hal terbabit kepada pimpinan setempat.

Pengerusi Komuniti Combi Felda Lurah Bilut, Md Zulkifli Md Yunus hadir membuat tinjauan bersama pegawai sains kaji serangga, Arniniyati Azmi.

Menurut Md Zulkifli, sebaik aduan dibuat kepadanya, beliau terus bertindak menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah bagi memaklumkan perkara terbabit.

"Kami dapati serangga terbabit datang dari tapak rumah yang musnah akibat kebakaran dahulu dan seterusnya terbiar,” katanya.

Menurutnya, kajian ke atas ulat bulu itu masih dijalankan bagi mengetahui sama ada serangga terbabit berbahaya atau tidak.

Md Zulkifli berkata, pihak Pejabat Kesihatan Daerah bertindak menyembur racun serangga bagi menghalang ulat bulu terbabit dari terus mengganggu keluarga Jamrah.

“Selain menyembur racun serangga, pihak Pejabat Kesihatan Daerah juga akan membuat pemantau berterusan di kawasan terbabit.

“Saya juga minta pihak Felda membersihkan kawasan tersebut kerana ia juga berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan aedes,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: