
Razi'ie (lima, kiri) bersama ejen yang berjaya di Majlis Kovensyen Rashwealth, kelmarin.
SYARIKATproduk kesihatan, Rashwealth Groups Sdn Bhd (Rashwealth) menyasarkan keuntungan lebih RM6 juta menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Razi’ie Mahmod berkata, sasaran itu dibuat memandangkan produk yang dikeluarkan oleh syarikatnya semakin mendapat sambutan daripada masyarakat.
“Selain itu, usaha gigih agen-agen saya dalam menjual produk menjadi salah satu sebab mengapa kami berada ketika ini,” katanya selepas Majlis Konvokesyen Rashwealth ke-3 di Menara Felda, kelmarin.
Dalam majlis itu, seramai 53 ejen menerima wang jualan serta sijil penghargaan sebagai menghargai usaha mereka menjual produk ditawarkan mengikut sasaran ditetapkan syarikat.
Menurutnya, ketika ini, syarikat tersebut sudah mempunyai 13,000 ahli berdaftar dan pihaknya menyasarkan untuk mendapatkan 100,000 ejen pada tahun ini.
“Rashwealth adalah sebuah syarikat berasaskan sistem perniagaan pelbagai peringkat (multi-level marketing) yang ditubuhkan pada Julai tahun lalu.
“Pada ketika ini, kami sudah mempunyai empat produk di pasaran iaitu GC Tea, Nano Centa, Nano Men 18 dan Nano Skinz,” katanya.
Jelasnya, produk yang paling diminati masyarakat ialah GC Tea dengan anggaran 300,000 kotak dijual dalam tempoh setahun.
Razi’ie berharap, syarikat itu akan mengembangkan perniagaan ke pasaran luar negara kelak.
“Di samping itu, kami akan melancarkan dua produk lagi pada bulan hadapan dan saya berharap, dua produk ini mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: