Wednesday, October 21, 2015

Panggil beri penjelasan



Panggil beri penjelasan
Laporan Sinar Harian semalam.
SUNGAI PETANI - Jabatan Kesihatan Negeri Kedah akan memanggil pihak terbabit untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan kecuaian hospital sepertimana disiarkan Sinar Harian, semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tindakan susulan akan dijalankan berhubung perkara itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ibu muda dakwa doktor cuai]

“Satu siasatan dimulakan oleh jabatan termasuk memanggil semua pihak terlibat untuk beri penjelasan dan perbincangan lanjut bagi menyelesaikan isu ini.
“Jabatan juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama sewajarnya dalam siasatan ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sinar Harian semalam melaporkan dakwaan sepasang suami isteri berhubung kecuaian yang berlaku semasa kelahiran anak sulung mereka pada 29 September lalu di sebuah hospital di sini.
Mangsa, Norsyazwani Mohd Nasirudin, 25, mendakwa, doktor cuai apabila tertinggal kain pembalut luka (gauze) sehingga menyebabkan dia menanggung kesakitan.
Keadaan itu menyebabkan dia hanya berbaring dan tidak mampu melakukan pergerakan selama beberapa hari akibat sakit di bahagian perut sejurus selepas melahirkan anak. Kejadian hanya disedari pada hari ketiga kelahiran selepas dibenarkan pulang ke rumah apabila kain gauze terbabit keluar dari rahimnya bersama darah nifas. 
Namun, keadaan lebih teruk setelah hari ke-17 berpantang apabila mangsa menjadi lemah, tidak bermaya dan menggigil sehingga terpaksa dibawa ke hospital menggunakan ambulans. 
Pemeriksaan lanjut mengesahkan terdapat darah beku dalam rahim mangsa menyebabkan doktor perlu menjalankan pembedahan bagi mengeluarkannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: