
Keratan akhbar Sinar Harian, 4 Oktober lalu.
TUMPAT – Setiausaha Program Himpunan Keluarga Selehor, Mohamad Yusoff memohon maaf di atas salah faham mengenai gambar Himpunan Keluarga Selehor apabila keterangannya tertulis menghimpunkan Keturunan Tok Selehor.
Jelas Mohamad, himpunan keluarga Selehor adalah merujuk kepada himpunan keturunan pemimpin rakyat, Allahyarham Tok Nebeng Haji Che Isa Tok Meneng Haji Che Sulaiman dan bukannya himpunan anak cucu Tok Selehor.
“Beliau merupakan pemimpin tempatan sewaktu zaman Tok Guru Haji Abdul Rahman (Tok Selehor), Tok Nebeng Haji Che Isa ini adalah moyang kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan keturunan Allahyarham Haji Yusof Haji Mahmud, iaitu seorang guru al-Quran semasa hayatnya,” katanya.
Katanya, berlaku sedikit salah faham apabila gambar Himpunan Keluarga Selehor dihantar kepada Sinar Harian oleh seseorang tanpa pengetahuan penganjur.
“Penganjuran program ini adalah untuk merapatkan ukhuwah antara keluarga kami dan bukannya untuk bermegah-megah, jauh sekali untuk menumpang populariti Allahyarham Tok Selehor. Segala kesilapan amat dikesali,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: